Loading...
TR

'Saya sayang pucuk pimpinan lama seperti Mat Sabu' - Wak Doyok sertai AMANAH


Sebelum ini Wak Doyok atau nama sebenar Mohd Azwan Md Nor dilabelkan sebagai 'lalang' kerana berubah pendirian politiknya sejak Pakatan Harapan (PH) berjaya menewaskan Barisan Nasional (BN) pada 9 Mei lalu dalam PRU14, terbaru, beliau dilaporkan telah menghantar borang permohonan untuk menjadi ahli Parti Amanah Negara (AMANAH).

Gambar Wak Doyok menyerahkan borang permohonan itu juga viral di media sosial. Namun, penyertaannya dalam Amanah itu menimbulkan rasa kurang sesetengah pihak.

Bagi Wak Doyok, tiada sesiapa yang berhak menghalangnya membuat keputusan itu kerana ia adalah hak setiap individu dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi dan dia tahu apa yang dia lakukan. 

"Yang tidak berpuas hati, mereka tiada hak untuk menghalang kerana ini pilihan individu malah mereka tidak boleh sekat sesiapa untuk masuk mana-mana parti.

"Nak cakap saya lalang atau masuk sebab jawatan itu, terpulang kerana yang penting saya tahu apa yang diperjuangkan. Yang banyak cakap itu, entah-entah belum pun mendaftar sebagai pengundi,” katanya memetik laporan dari MalaysiaKini

Difahamkan, Wak Doyok sebelum ini pernah emngaku menjadi anggota PAS sejak 1998. Ketika pemerintahan Kerajaan BN dahulu, Wak Doyok seringkali dilihat menghadiri majlis-majlis berkaitan dengan parti itu. Tetapi Wak Doyok menafikan dirinya adalah ahli UMNO dan kehadirannya setakat memenuhi undangan dan mencari rezeki. 



"Saya tidak pernah masuk Umno, dulu datang sekadar memberi sokongan dan mencari rezeki, hanya sebahagian orang yang ada dalam bidang ini saja memahami konsep itu," katanya.

Mengulas mengenai miantnya menyertai Amanah, Wak Doyok mengatakan dia sudah lama menyokong kepimpinan parti Amanah yang dahulunya pernah menganggotai jawatankuasa PAS dan kebanyakan yang menyertai parti itu adalah golongan profesional.

"Saya sayang pucuk pimpinan lama seperti Mohamad Sabu, Khalid Abdul Samad, Salahuddin Ayub dan Dr Dzulkefli Ahmad.

“Dr Dzulkfli Ahmad itu bapa mertuanya menjadi imam di surau tempat saya, jadi memang rapat dengan keluarganya,” katanya.

Walau bagaimanapun katanya, pendaftaran yang baru dibuang minggu lalu mungkin mengambil proses yang lama sehingga sebulan. Sekiranya permohonan keahliannya diterima, Wak Doyok berharap dapat bergiat aktif dalam menjalankan misi-misi yang membabitkan golongan belia. 

"Saya baru saja serah borang di pejabat cawangan baru, Seksyen 13 Shah Alam. Saya difahamkan mungkin proses untuk mendapatkan nombor keahlian boleh memakan masa hingga sebulan.

“Saya memang bergiat aktif untuk masyarakat sejak dulu, kali ini saya ingin mengajak anak-anak muda agar menjadi bangsa lebih dihormati di mata antarabangsa dan membantu membentuk belia yang mempunyai perancangan masa depan,” katanya.

Sumber: MalaysiaKini

About Cite Malaya

Powered by Blogger.