Loading...
TR

'Kita lalu mana ni?' - Dibawa GPS ke jalan misteri


Sekadar perkongsian untuk bacaan suka-suka. Bagi mereka yang lemah semangat dan mudah terbayangkan perkara yang tidak sepatutnya, anda dinasihatkan untuk tidak meneruskan bacaan. Risiko tanggung sendiri. Selamat membaca. 

ALHAMDULILLAH, dapat juga aku keluar dari hutan itu. Sumpah, aku tak nak percaya pada GPS di waktu malam lagi. Sampai sekarang aku meremang! 

Aku nak cerita apa yang aku lalui tadi. Hari ini aku bawa abah pergi dialisis di Hospital Alor GAjah. Abah aku ada sakit buah pinggang, so nak kena cuci darah seminggu tiga kali. 

Abah dapat sponsor dari kerajaan untuk cuci darah secara percuma seumur hidup dia. Tetapi tempat cuci darah dia di Hospital Alor Gajah. Hari ini hari kedua dia cuci. Aku memang tak berapa biasa sangat dengan jalan di Alor Gajah ini. So aku memang 100% berpandukan GPS. 

Tadi abah lewat sikit habis proses cuci darah. Sampai jam 9 malam, baru abah selesai. So, masa nak balik, hujan lebat sangat sampai aku tak nampak jalan. Aku pun gunalah GPS search Home. Aku pun follow sajalah mana yang GPS arahkan aku. 

Masa itu, aku perasan yang GPS tak bawa aku pergi ke jalan yang masa pergi tadi. Tapi aku tak rasa apa-apa sebab GPS ini banyak jalan yang dia boleh bawa untuk jalan pintas. Aku pun follow sajalah. 

Aku pandu perlahan sangat-sangat sebab tak nampak apa-apa. Tetapi hairan, jalan itu tak banyak kenderaan. Sampailah satu tempat itu, GPS arahkan aku masuk simpang dan aku pun ikut arahannya. 

Tetapi simpang itu kecil, cuma muat untuk sebuah kereta sahaja. Aku pun follow sajalah. Tiba-tiba GPS bawa aku masuk ke hutan. Weh! Aku taip ini pun aku meremang lagi. 


Abah dah perasan aku dah pergi ke tempat lain. Abah tanya, "Kita lalu mana ni?". Aku pun nak sedapkan hati abah dan hati aku sendiri, aku cakaplah, "Owh, ini shortcut". Padahal tuhan saja yang tahu hati aku masa itu. Nak patah balik tak boleh sebab jalan kecil sangat-sangat dan dengan hujan lebatnya lagi. 

Keadaan jalan itu macam tak ada orang lalu. Kiri kanan hutan. GPS tunjuk jalan lurus saja, 15 km macam tu untuk keluar ke simpang mana entah. Aku pun dengan keadaan yang takut, aku jalan juga la. 

Pastu aku perasan, macam keadaan dah tak betul sebab lama sangat kitorang lalu jalan itu tak keluar-keluar. Tak nampak ada macam tanda-tanda orang tinggal di kawasan itu. Dengan pokok tumbangnya lagi. Masa itu aku nak baca Al-Fatihah pun tak mampu. Rasa macam terkunci hati dan lidah aku. 

Kemudian terjumpa satu papan tanda yang dah senget dan buruk. Tau tak dia tulis apa? Arghh! Shit! Meremang lagi aku. Papan tanda itu tulis, 'PONDOK'. Kenapa nak ada papan tanda tulis 'Pondok' di tengah hutan? Jalan tegak macam tu, pondok apa yang dia nak beritahu? 

Kemudian aku jalan lagi. Korang tahu tak ada apa kat depan? Okey, ini aku rasa. Aku dah tak nak fikir dah selepas ini. Aku jumpa satu bumbung rumah dan keadaannya seperti dalam gambar ini. Tetapi bumbung saja tau atas tanah. Rumah tak ada. 


"Kita dah lama sangat ni. Dalam kereta ada surah apa-apa tak?" soal abah. 

Kebetulan aku memang ada surah Yasin dalam phone, so aku pun pasanglah. Selepas beberapa minit kemudian, GPS aku loading dan reconnect GPS suruh aku keluar ikut simpang belah kiri. Keluar dari simpang itu, aku tembus di hutan simpan Masjid Tanah. 

Weh! Aku tak tahu nak cakap apa. Aku tak tahu jalan yang aku lalu itu wujud atau tak. Kalau nak suruh aku tunjuk balik jalan itu, aku tak ingat sebab aku tak nampak dengan keadaan ketika itu hujan lebat. So dari hutan simpan itu, aku offkan GPS, terus jalan balik ke rumah sebab aku ingat jalan itu. 

Ini yang kawan aku reply. Arghh! Entahlah, malas nak fikir. Hahaha! Takut! 


About Cite Malaya

Powered by Blogger.