Loading...
TR

Kalau suami cuba menipu, lambat laun naluri isteri tetap akan hidu kecurangan suaminya


Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili The Reporter.

DEAR Husna,

Semalam tengok video Bella Astilah confess pasal kes suami dia kantoi kat bilik karaoke dengan si Afifah tu. Wartawan tanya, macam mana Bella yang masih dalam keadaan berpantang 20 hari waktu itu boleh tahu suami dia ada dengan perempuan lain dekat pusat karaoke tersebut? Lebih spesifik lagi, di bilik nombor 333 VIP room.

Simple saja Bella jawab. "Naluri saya sebagai seorang isteri, saya memang rasa tak sedap hati waktu itu.

"Saya suruh ayah saya jagakan baby dan saya pergi ke pusat karaoke tersebut dengan mama saya. Memang betul firasat saya mereka berdua ada di situ," katanya.

Hmm, dahsyat. So, apa maknanya ya? Maknanya jangan main-main dengan naluri seorang isteri ini. Dulu saya ada tanya client saya yang failkan cerai fasakh, macam mana dia tahu suami dia bermain kayu tiga. Jawapan yang sama, naluri seorang isteri. 

Naluri seorang isteri ini sangat kuat. Terdetik apa sahaja tentang suami, dada akan rasa berdegup kencang. Kalau ada yang buruk bakal menimpa suami, sumbang langkah suami, selalunya isteri yang akan mendapat petanda terlebih dahulu.

Kalau suami cuba menipu, selalunya Allah akan gerakkan naluri isteri. Lambat laun isteri akan tahu juga. Kalau bukan esok lusa pun, pasti masanya akan tiba. Dan ketika suami sedang bersedih atau dilanda masalah, seorang isteri selalunya mampu merasakannya tanpa harus melihatnya atau diberitahu terlebih dulu oleh suami. Ibaratnya, dua hati yang berbeza tapi saling bertaut. Hebatnya kuasa Allah.

2 . Selepas itu baca pula komen netizen Malaysia ini yang duk risau sangat kalau suami mereka digoda dan dirembat oleh perempuan-perempuan spesis Afifah ini.

Sebenarnya kan, jangan fikir lansung benda-benda tak best seperti ini. Jangan rasa takut orang akan kebas pasangan kita atau takut suami kita curang. Sebabnya, saya ada terbaca, Allah akan uji kita dengan benda yang kita takut sebab Allah nak tengok sejauh mana pergantungan dan keyakinan kita dengan Allah.

Mohonlah pada Allah melalui doa. Allah takkan sia-siakan doa hambanya. Cubalah kita fikir, seluruh alam ini semua ada dalam genggaman tangan Allah. Kalau Allah boleh pegang dan kawal benda yang ada di bumi dan di langit, takkanlah Allah tak boleh pegang hati pasangan kita untuk tetap setia dengan kita kan?

So, doa dan yakin sajalah supaya Allah jaga. Nak takut apa lagi kalau Allah yang jaga? Lagipun Allah dah cakap "Aku akan bertindak mengikut sangkaan hambaku.". Kalau asyik fikir Allah akan buat suami kita curang, mungkin agaknya itulah yang kita akan dapat nanti .

Jadi, fikir dan sangka yang baik-baik saja. All is well.

3. Dalam video itu juga Bella ada cakap yangg suami dia mohon maaf selepas kejadian itu dan Bella maafkan dan taknak berpisah dengan suaminya .

Hmm. Orang perempuan ni, memang macam inilah kan? Baik sangat. Cakap pasal baik ini, Ustaz Azhar Idrus ada cakap. Lelaki ini secara jujurnya lebih suka isteri yang baik berbanding isteri yang cantik. Sebab, kebahagiaan rumah tangga itu bukannya bila hari-hari dapat tengok isteri cantik.

Tapi kebahagiaan rumah tangga itu bila wujudnya rasa sakinah, mawaddah dan rahmah di antara suami isteri. Lagi ustaz cakap, cuba pergi Mahkamah Syariah. Kebanyakan yang bercerai semua yang cantik-cantik.

Maknanya apa? Maknanya kecantikan bukanlah kunci utama kebahagiaan rumah tangga. Bukanlah kecantikan tidak penting lansung, tapi nak tekankan ia bukan prioriti utama untuk kita bahagia. Berapa ramai yang cantik tapi menderita dalam rumah tangga. Bukan kecantikan yang menjadi kayu ukur kebahagiaan. Tapi suami lebih bahagia jika baik akhlak isterinya, hormat dirinya dan lembut tutur katanya.

Oleh itu jadilah isteri yang baik. Buatlah sehabis baik terhadap pasangan kita seolah-olah dia akan mati meninggalkan kita esok hari.

4. Macam mana pula kalau kita dah doa dan dah jadi isteri terbaik untuk pasangan, tapi in the end suami tetap curang?

Redha. Sebab itu bila kita buat baik dengan pasangan, jangan mengharapkan balasan dari dia sebab dia pun manusia, tak pernah sempurna.

Dan kalau suami curang, jangan sesekali kita mengungkit dan mempersoalkan kenapa dia masih tegar untuk mengkhianati kita setelah kita sudah menjadi yang terbaik untuk dirinya. Sebab hakikatnya hanya Allah yang berhak menilai semua kebaikan kita.

Ustaz Ebit Lew selalu cakap, kalau Allah datangkan ujian, sebenarnya Allah nak kirimkan kebaikan buat kita. Jangan pula tanya, apa kebaikannya? Tak nampak pun? Hati kita ini selalu dididik untuk nampak kebaikan itu dalam bentuk material dan duniawi saja . Kita lupa ada alam akhirat sana. Tak mustahil Allah nak bagi kebaikan di akhirat nanti. Mungkin dengan asbab kesabaran kita, Allah tulis nama kita dalam senarai ahli-ahli Syurga. Siapa tahu?

5. Lelaki yang curang bukanlah lelaki yang baik.

Dah tu, kenapa nak simpan lagi barang tak elok? Buat sakit dada, semak. Kita let go sajalah. Move onlah. Masa ini singkat sangat kalau nak berebut nak bergaduh soal manusia sebab kita tak tahu bila ajal kita untuk mati .

6. Kalau tak nak rasa sakit sangat, selalulah set mind yang suami kita itu bukanlah hak milik kekal kita. Allah hanya bagi pinjam untuk kita berkongsi kehidupan yang sementara. Untuk berapa lama? Hanya Allah yang tahu. Mungkin selama-lamanya atau mungkin tak lama lagi, Allah akan ambil balik pasangan kita atau mungkin jodohnya dengan orang lain pula kan.

Sakit itu memanglah sakit, tetapi Allah dah aturkan semuanya. Siapa kita untuk menolak? Tiada daya pun kita nak melawan takdir.

Untuk yang pernah dikecewakan, bersangka baiklah. Mungkin kita pernah meletakkan cinta kepada pasangan kita melebihi cinta kepada Allah. Ketahuilah sebenarnya Allah sangat cemburu jika kita meletakkan cinta manusia sebagai cinta paling agung.

Last but not least, contohi Dato Vida itu. Dah cerai tiga kali pun masih happy go lucky ketawa berdekah-dekah . Siap boleh compose lagu i am fun i am pretty lagi. Hahaha! 

Sumber: Nadia Hazmi

About Cite Malaya

Powered by Blogger.