Ayumi Kuboki, yang pernah bertugas di Hospital Oguchi di Yokohama didakwa meracuni pesakit-pesakit warga emas dengan menyuntik bahan disinfektan atau nyahjangkit ke dalam titisan cecair intravena agar mereka tidak meninggal dunia ketika dia sedang bertugas.
Tertuduh yang berusia 31 tahun itu dalam keterangannya kepada polis mengakui dia berbuat demikian agar mangsa-mangsanya mati di sewaktu jururawat lain bertugas.
Kata Ayumi, dia tidak mahu menjadi individu yang memaklumkan kematian pesakit kepada waris dan menganggap perkara itu sesuatu yang menyusahkannya.
"Ia akan menjadi satu masalah jika tanggungjawab itu diserahkan kepada saya," kata Ayumi ketika di siasat polis Jun lalu, seminggu selepas dia meletak jawatan dari hospital berkenaan.
Kertas siasatan mula dibuka selepas seorang jururawat menyedari terdapat buih dalam 'IV drip bag' seorang pesakit berusia 88 tahun, Nobuo Yamaki yang meninggal dunia pada September 2016.
Apabila doktor memeriksa darah Yamaki mengandungi bahan disinfektan. Kemudian, bahan yang sama ditemui dalam badan seorang lagi pesakit berusia 88 tahun bernama Sozo Nishikawa selepas bedah siasat dilakukan, pesakit yang berkongsi bilik dengan Yamaki sebelum dilaporkan meninggal dunia.
Pihak berkuasa juga menemui 10 IV drip bag yang belum digunakan dan dicemari dengan bahan tersebut di stesen kerja Ayumi di mana terdapat satu lubang halus yang ditebuk untuk dicampurkan dengan bahan tersebut.
Ketika memeriksa kesemua pakaian seragam yang dipakai oleh semua jururawat yang bertguas menjaga pesakit di tingkat di mana kejadian itu beraku, penyiasat menemui bahan tersebut di dalam poket seragam yang dipakai oleh Ayumi.
Bagaimanapun, polis meragui dakwaannya itu kerana ada sesetengah pesakit yang diracuninya itu tidak sakit teruk seperti yang didakwa.
Ayumi yang dikenali sebagai pekerja yang pendiam menjadi jururawat sejak 2008 dan mula bekerja di Hospital Oguchi pada 2015.
Pada 2016, kejadian seperti itu berlaku di tingkat empat di tempat Ayumi bertugas. Beberapa jururawat melaporkan pakaian seragam mereka dikoyak dan terdapat kesan tumpahan minuman serta kesan cecair yang tidak diketahui.