Hidup ini ibarat putaran roda, tak selamanya kita di atas, lambat laun kita pasti akan ke bawah. Ketika itu teman yang dikatakan susah senang bersama sudah tidak kelihatan, saudara yang mengaku darah daging juga tidak lagi muncul. Namun, situasi ini tidak boleh dijadikan kita sebagai satu asbab untuk kita patah semangat untuk meneruskan kehidupan.
Setelah parti Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum ke -14 pada Mei lalu, kakitangan kontrak yang dilantik secara lantikan politik bagi pihak kerajaan sebelumnya telah diberhentikan dalam usaha menurunkan perbelanjaan kerajaan kerana banyak pembaziran dalam perkhidmatan awam.
Situasi ini bukan sahaja telah mengejutkan rakyat Malaysia, malahan kakitangan yang diberhentikan juga mula merasai berat bebanan yang digalas. Namun, Budiman Mohd Zohdi menitipkan pesanan buat mereka yang sudah mula berkeluh-kesah.
SAYA menerima banyak inbox message mengenai teman-teman yang dibuang kerja kebelakangan ini. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Yang menyesal ramai, yang tersengih sinis juga ada. Ketika kita susah yang menyesal tidak membantu yang tersenyum sinis memandang dari jauh. Mereka pun terasa keperitan hidup.
Perkara utama adalah membetulkan mind set terlebih dahulu.
- Berbincang dengan famili dan katakan perkara yang benar dan betul. Secara jujur nyatakan dengan keadaan seperti ini, berapa lama boleh bertahan.
Cut cost yang tidak perlu
- Tidak salah mengubah cara hidup. Sudah ada mesin basuh di rumah mengapa perlu menghantar ke dobi lagi? Berfikir mengenai cost and benefits of life. Tak salah tukar kereta yang lebih ekonomi.
Tukar hobi kepada kerjaya
- Hobi yang boleh mendatangkan pendapatan seperti suka masak buka kedai makan, suka cakap jadi salesman, suka membaca jadi pensyarah dan macam-macam lagi.
Cari teman baru diluar lingkungan hidup biasa.
- Jangan keseorangan. Lihat bagaimana mereka survive. Di pekan Rinching, ada brother nama Hisyam kolektor barang antik membuka bisnes pukul 6.00 petang hingga 3.00 pagi.
Jangan malu.
- Malu tidak mengubah hidup, malu tidak memberi sumber pendapatan.
Pindah.
- Ada kalanya kehidupan baru memerlukan suasana baru. Boleh cover penipuan lama.#dush
Bertindak. Move on.
- Jangan terlalu lama berduka cita. Sedih tidak akan menjana wang. Kecuali kau pelakon dan buat cerita sedia dan pow kawan-kawan.
Jangan menyesali diri.
- Ramai kawan-kawan yang sudah move on. Bisnes, tak kisahlah nasi lemak, Shahrul Nizam kuih balang Khairulnaem Abu Samah atau apa sahaja. Ramai juga yang sudah boleh belanja makan. Norlida Parjoh pun jual tempe.
Bersedia dengan apa jua kemungkinan.
- Kita OK may be orang lain tak ok. Kita sudah move on, maybe yang berdendam dengan kita masih mahu menyusahkan kita.
Jangan bersangka buruk dengan takdir.
- Ambil iktibar.
Cuba buat homework, yang melalak mempertahankan apa kerja mereka?
Sumber: Budiman Mohd Zohdi