Loading...
TR

Gadis dirogol abang sendiri dipenjara 6 bulan kerana gugurkan kandungan


Seorang remaja perempuan warga Indonesia dijatuhkan hukuman penjara selama enam bulan kerana mengugurkan kandungannya, oleh Mahkamah Daerah Muara Bulian di Batanghari, wilayah Jambi, Sumatera, Khamis lalu. 

Difahamkan, remaja perempuan berusia 15 tahun itu hamil selepas diperkosa oleh abangnya berusia 18 bulan dan kedua-duanya disabitkan bersalah oleh mahkamah. 

Timbalan ketua polis tempatan, Singgih Hermawan berkata, remaja lelaki terbabit dipenjarakan selama dua tahun kerana melakukan hubungan seks dengan gadis bawah umur. 

Aktiviti pengguguran bayi adalah dilarang di Indonesia. Bagaimanapun larangan itu dikecualikan untuk kes rogol terutama sekiranya kehidupan mangsa berdepan dengan risiko. Proses pengguguran itu pula seharusnya dilakukan dalam tempoh satu setengah bulan kehamilan dan dilakukan oleh pakar.

Menurut pihak mahkamah, remaja perempuan terbabit melakukan pengguguran itu pada ketika usia kehamilannya berusia enam bulan. 

Selain itu, ibu dua beradik itu juga berdepan dengan tindakan undang-undang kerana didakwa bersubahat melakukan keguguran itu.


Ibu remaja itu membantu anak perempuannya untuk menggugurkan kandungan kerana bimbang dimalukan oleh jiran-jiran. 

Berdasarkan pertuduhan di mahkamah, remaja perempuan itu telah dirogol sebanyak lapan kali sejak September lalu.

Pada bulan Mei, penduduk kampung kemudian menemui janin tanpa kepala di ladang kelapa sawit dan polis telah menahan kedua-dua adik beradik itu pada Jun lalu.

Sumber: mStar Online

About Cite Malaya

Powered by Blogger.