Sebut saja rumah mayat, pasti pelbagai tanggapan yang bermain di fikiran. Seram, meremang, menakutkan dan banyak lagi. Kisah seram yang dikongsikan oleh Dammerung ini dikatakan menarik oleh netizen kerana katanya jarang mereka mendengar kisah-kisah seram dari rumah mayat.
Kisah yang dikongsinya itu berdasarkan pengalaman ayahnya yang bekerja sebagai petugas hospital selama 40 tahun. Bermula dari kerja di wad, beralih ke tugas di bahagian post-mortem. Dua tahun pertama tiada sebarang kejadian pelik berlaku. Apabila masuk tahun ketiga, bermula segala kejadian yang tidak dipinta.
AYAH aku bekerja sebagai petugas hospital selama 40 tahun. Dalam bertahun-tahun bekerja, ayah pernah ditempatkan di unit kecemasan dan pernah juga menjadi tenaga pengajar di sekolah latihan kesihatan. 10 tahun terakhir sebelum bersara, ayah memohon untuk ditugaskan ke dalam unit post-mortem.
Bila cakap tentang post-mortem ini, sudah tentulah ia melibatkan orang yang sudah mati. Masa ini, aku baru habis SPM dan tugas baru ayah membawa kami sekeluarga ke sebuah hospital besar di pantai barat semenanjung Malaysia.
Aku masih ingat lagi hari pertama ayah bekerja di rumah mayat. Bau mayat punyalah kuat sampai arwah mak tak bagi ayah masuk rumah. Kena mandi dengan air limau nipis atau air lemon apa entah barulah bau itu hilang. Itu pun baju dan seluar semua kena bakar, takut ada badi mayat.
Anway, dua tahun pertama buat kerja post-mortem, tak pernah encountered sebarang kejadian pelik dan menyeramkan. Walaupun tengah malam buta dan sebagainya, tak pernah sama sekali. Tapi pengalaman pelik terjadi bila masuk tahun ketiga.
Ada satu hari ayah ditugaskan ke highway kerana ada kemalangan melibatkan sekumpulan mat rempit. Masa itu jam 1 pagi lebih, jalan raya penuh dengan serpihan-serpihan motosikal, darah dan anggota-anggota badan yang sudah lunyai. Berpuluh tahun kerja hospital, setakat tengok perut terburai, otak pecah, itu adalah perkara biasa buat ayah.
Pagi itu, ayah ingat buat kerja seperti biasa, kutip cebisan daging mangsa di atas jalan untuk buat post-mortem dan siapkan untuk dihantar kepada waris mangsa. Kumpulan yang bertugas menguruskan kes kemalangan digemparkan dengan penemuan seorang mat rempit yang masih hidup. Bunyi macam tak ada apa-apa kan? But the thing is, mat rempit itu badan dah tinggal separuh dengan isi perut terburai di atas jalan raya.
Kata ayah, mat rempit itu orang Melayu, dalam usia sekitar pertengahan 20-an. Bila dah tengok keadaannya seperti itu, orang fahamlah yang mamat itu hanya tunggu masa sahaja. Jadi, petugas bisik ke telinganya dan ajar mengucap. Tak tahulah nak kata kelakar atau kasihan. Bila ajar mengucap, mamat yang dah nyawa-nyawa ikan itu minta rokok.
"Rokok.. rokok.." katanya dengan suara terketar-ketar, siap buat isyarat dengan jari lagi.
Semua berpandangan antara satu sama lain. "Rokok.. rokok.." bibirnya masih mengungkap ayat yang sama. Bila orang cakap dah tak ada masa dan bawa-bawalah mengucap, korang tahu apa mamat nak mampus itu cakap?
"B*toh laa, aku nak rokok!"
"B*toh laa, aku nak rokok!"
Nak kata bukan Islam, IC jelas tunjuk nama si polan bin si polan. Jadi, sebagai menghormati permintaan terakhir, dinyalakan juga rokok dan letak di bibirnya. Masa dia sedut rokok itu, isi-isi yang terdedah itu semuanya bergerak-gerak. Bila dihembus asap rokok, bahagsian ini yang ayah memang tak boleh lupakan, paru-paru mamat itu meluncur keluar dari bukaan di bawah itu dan menggelongsor ke tengah jalan. Semua melompat-lompat takut terpijak.
Mat rempit itu mati selepas dapat sepam rokok tanpa sempat mengucap. Mungkin dia gembira mati seperti itu. Melihat kejadian paru-paru sliding itu yang membuatkan ayah berhenti menghisap rokok cold turkey.
Kerja ayah bukan bermakna deal dengan mayat sahaja. Ayah juga kena naik mahkamah beri keterangan tentang post-mortem. Biasanya melibatkan kes jenayah. Salah satu kes, ayah kena bagi keterangan tentang seorang perompak yang mati ditembak polis. Disebabkan perbicaraan itu pada waktu pagi, jadi tengah malam sebelum itu, ayah dengan seorang pembantu buat post-mortem mayat penjenayah tersebut.
Mungkin ada yang familiar dengan term rigor mortis, di mana anggota badan mayat mengejang selepas beberapa jam. First timer boleh tersalah anggap mayat bangun jadi zombie. Well, malam itu masa tengah potong sana, potong sini, tiba-tiba tangan mayat itu pegang pergelangan tangan pembantu ayah. Punyalah kuat genggaman tangan mayat itu sampai pembantu ayah menjerit.
Ayah cuba tolong meleraikan genggaman itu tetapi tak boleh, seperti telah dikunci. Cuba cungkil pun tak boleh juga. Nak tak nak, terpaksalah potong jari jemari. Jari pertama dipotong ialah ibu jari. Ayah potong dengan penuh teliti menggunakan surgical blade yang super tajam itu. Tiba-tiba ayah terjerit dan melompat! Rupanya mata mayat itu dah terbuka, siap toleh kepala melihat ayah lagi. Pembantu ayah dah nak menangis, ayah suruh bertenang. Padahal lutut ayah pun dah goyang.
Rigor mortis ini mengikut kefahaman ayah, mayat just stiff saja tetapi kenapa pula bila ayah pusing balik mayat itu, mata kepala mayat itu ikut sekali? Ini bukan rigor mortis ni.
Ayah laungkan azan berselang Al-Fatihah tiga kali. Pembantu ayah itu orang India, so dia pun adalah baca-baca juga. Tiba-tiba kepala mayat terangkat-angkat. Ah sudah! Pembantu ayah dah meraung, ayah cepat-cepat tolong pembantunya. Sentap punya sentap, barulah lepas tangan. Apa lagi? Berlarilah mereka berdua keluar dari bilik mayat.
Masa itu, ayah suspek ini mesti orang itu ambil dadah atau sesuatu yang membuatkan jantung berdegup dengan kadar amat perlahan sebab pernah ada case study di oversea, mat pit kena tanam hidup-hidup sebab ingatkan overdosed. Tetapi rupa-rupanya masih hidup lagi disebabkan dadah itu.
Mereka kembali ke rumah mayat dengan beberapa orang doktor dan pembantu. Kata ayah, masa masuk semula dalam ruang bedah, mayat itu sudah tiada di atas tempat bedah itu. Panik semua orang! Bila pusing, baru nampak sekujur tubuh terbaring betul-betul di sebelah tempat dia baring tadi.
Bila diperiksa blood content, tiada sebarang unsur dadah pun dikesan. Oleh kerana masa itu belum ada lagi AV recording, report berdasarkan verbal account orang tak pandang sangatlah. Mayat itu kemudian disahkan betul-betul telah mati sebelum dibedah lagi. Ayah lega, mana tidaknya, kalau misdiagnosed orang hidup sebagai mati, siap buat post-mortem lagi, boleh kena penjara.
Ayah pernah ditugaskan untuk menguruskan kes hukum gantung. Kerja ayah senang saja, jadi second confirmer selepas doktor mengatakan, "Ya, orang ini sudah mati". Sudah tentulah sebelum dia memutuskan perkara itu, kena periksa dulu.
Untuk hukuman gantung, ayah tidak terlibat sama sebelum hukuman dijalankan. Maknanya dia tak tengoklah orang itu di saat-saat sebelum kematiannya. Ayah standby di bilik mayat. Masa orang digantung itu telah disahkan mati oleh doktor bertugas, mayatnya akan dihantar ke bilik mayat untuk disahkan buat kali kedua dan kemudian diuruskan.
Beg mayat atas troli masuk bilik mayat. Sebelum ini, ayah tak pernah tengok mayat orang kena hukum gantung tetapi apa bezanya pun dengan orang mati yang lain. Mati kemalangan perut kepala terburai pecah, semua pun dia dah tengok. Jadi, ayah ingat tak ada benda sangatlah kot or so he thought.
Apabila dibuka beg mayat hitam itu, kata ayah dia hampir pengsan. Mata mayat itu terbuntang sampai terkeluar dari soket dengan mulut ternganga lidah terjuntai sampai dada. Memandangkan itu kali pertama, ayah tak tahu sama ada itu normal untuk pesalah hukuman gantung atau tak.
Ayah dan pembantunya menyiapkan mayat tersebut. Mata yang terjojol dimasukkan semula ke dalam soket. Lidah terjulur panjang digulung-gulung masuk dalam mulut. Untuk memastikan lidah itu berada di dalam mulut, satu tali diikat dari bawah dagu ke atas kepala. Terakhir, darah-darah yang keluar dari hidung dan telinga dibersihkan.
So far so good. Bila dah selesai, mayat disimpan dalam peti sejuk sementara menunggu masa waris datang menuntut. Pejabat urusan bilik mayat betul-betul berada di sebelah tempat simpanan mayat. Masa sedang masukkan semua report, tiba-tiba terdengar suara orang menangis dari sebalik dinding.
Dalam pejabat ada tiga orang termasuk ayah. Mula-mula masing-masing buat tak tahu. Tetapi bila dah berpanjangan, semua tak boleh buat tak endah. Salah seorang dalam bilik, pemandu ambulan, pandang ayah.
"Din, kau tak payah cakap apa-apa," kata ayah tenang, dalam hati tuhan sajalah yang tahu.
Semakin lama semakin kuat pula raungan tersebut. Kata ayah, siap cakap "Mak, maafkan aboy.. ampunkan aboy," lebih kurangs begitulah.
Nak kata orang main-main prank di bilik mayat, siapa yang sanggup? Orang gila pun tak sanggup duduk seorang-seorang dalam bilik mayat. Jadi, faham-faham sajalah suara siapa itu. Sekurang-kurangnya semua orang di pejabat itu dengar, bukan dia seorangs saja.
Mereka kembali meneruskan kerja. Semasa nak beredar, raungan itu masih berterusan. Here's the thing, pejabat terletak di hujung koridor bilik mayat. Jadi, kalau nak blah, kena melintas bilik mayat dulu. Pintu masuk tempat simpan mayat jenis yang ada dua bahagian di mana setiap pintu ada tingkap kaca kecil.
Niat di hati memang tak nak tengok langsung tingkap kaca. Tapi rasa ingin tahu itu kuat dan membuak-buak membuatkan ayah tak dapat menolong dari mengusha ke dalam bilik simpanan mayat. Ayah aku nampak ada orang lelaki bogel sedang meratap di salah satu pintu peti sejuk simpan mayat dan ayah amat pasti fridge itu simpan mayat orang yang kena gantung sebentar tadi.
Kawan ayah yang pemandu ambulan itu dah Usain Bolt dulu. Tengok member dah mencicit, ayah dengan seorang lagi rakannya apa lagi, berlari tak cukup tanah.
Selepas uruskan pengembalian mayat dihukum gantung itu kepada warisnya, ayah tak buat lagi dah tugasan orang hukum gantung. Serik.
Menurut ayah, on contrary belief, gangguan di morgue kalau nak ikutkan tak sebanyak di wad. Salah satu sebab kenapa ayah minta tukar ke unit post-mortem pun sebab tak tahan dengan gangguan-gangguan paranormal di wad-wad hospital.
Kata ayah, zaman sebelum 2,000-an, pekerja-pekerja 3D yang kebanyakkan imigran dari Indonesia dan Bangladesh ada menandatangani kontrak di mana jika mereka terbunuh atau mati di Malaysia sama ada sakit atau kecelakaan di tempat kerja, mayat mereka akan didermakan kepada pihak hospital. Kalau nak bawa balik ke negara asal, kena bayar lebihlah.
Memandangkan kos bawa balik mayat itu lebih tinggi dari kos mereka nak ke Malaysia, majoriti ramai yang memberi lampu hijau hak mayat dijadikan sebagai bahan mengajar budak-budak medic.
Ada satu kes di mana seorang pekerja kontrak Bangladesh mati semasa bekerja. Bukan disebabkan dihempap batu konkrit tatau jatuh dari tapak pembinaan (kes biasa) tetapi ini disebabkan denggi berdarah. Seperti biasa, ayah uruskanlah mayat lelaki Bangladesh bersama beberapa petugas yang lain.
Ketika dah hampir siap nak usung mayat ke bilik mayat, seorang jururawat perempuan pengsan. Semua suspek jururawat itu overworked sebab mereka kerja syif berjam-jam. Jadi, dikipaskanlah sambil cuba sedarkannya semula. Bila dah sedar, tiba-tiba dia histeria pula. Terjerit-jerit sambil menutup muka dengan tangan.
Orang cuba menenangkannya, baca surah-surah apa yang patut. Adalah kawan ayah seorang ini, kakitangan hospital itu juga yang tinggi ilmu agamanya.
"Cuba beritahu, nampak apa?" soalnya.
"Tuu... tu... ada hantu, ada pocong!" kata jururawat itu sambil menangis ketakutan.
Semua orang pun rasa pelik, mana pula pocongnya? Sudahlah hari itu siang, terang benderang. Pocong mana pula main ba ba cak di tengah hari buta ini.
"Cuba tunjuk kat mana," pinta kawan ayah lagi.
"Tuuuu kat belakang Cik Napii..." kata jururawat itu tsambil menunjuk jari ke arah ayah.
Kata ayah, meremang bulu tengkuknya rasa macam nak terapung.
"Napiii, kau jangan bergerak, berdiri saja di situ," arah kawan ayah. Masa ini semua orang dah jauhkan diri dari ayah. Walaupun tak nampak, tetapi bila ada orang kata belakang ayah ada pocong, seriously ayah aku kata dia pun boleh rasa kehadiran sesuatu di belakangnya.
Semua orang yang berada dalam wad itu dikeluarkan termasuk para pesakit semua, yang tinggal hanya ayah dan dua orang lagi. Kawan ayah perlahan-lahan pergi belakang ayah dan menerkam. Kata ayah, dia rasa belakangnya macam disepak. Tak tahulah siapa yang sepak tetapi memang dia terpelanting ke depan.
"Ha, pegang! Pegang!" suara kawan ayah mengarah dua lagi orang untuk membantu. Bila dia putar saja badan nampak kawan ayah tengah genggam rambut makhluk yang panjang hitam tengah tercangkung. Lagi dua orang petugas pun pegang kepala makhluk tersebut.
Okay, part ini aku tak tahu nak percaya atau tidak, tetapi ayah kata muka makhluk itu sebijik macam Bangladesh yang mati kerana denggi itu, cuma rambutnya saja panjang. Agaknya the whole scene was too much untuk ayah aku dan dia pengsan. Sedar-sedar saja dah di atas katil. Nasib baik pengsan di hospital.
Kata ayah, kawan dia cakap, "Bangla tu la. Entah apa benda dibelanya bawa masuk ke Malaysia.". Begitulah ceritanya.
Sumber: Dammerung.