Loading...
TR

'Bahaya letak mangsa kemalangan camni' - Belajar sedikit ilmu medik, jangan sampai mangsa bertambah parah


Ilmu perubatan bukan terbatas pada golongan perubatan, namun sebagai orang biasa juga boleh mempelajarinya bagi menghadapi sebarang situasi kecemasan di mana anda mungkin boleh bertindak awal dengan cara yang betul. 

Seringkali bila berlaku kemalangan yang tidak diingini, kebanyakan orang terus menghulurkan bantuan tanpa mengetahui tindakan mereka sebenarnya boleh menyebabkan mangsa cedera lebih teruk dan maut. 

Berkongsi kejadian yang menimpa rakannya, Ariff Ikhwan mahu orang ramai mengambil pengajaran dan tidak lagi mengulangi kesilapan yang sama agar lebih berhati-hati di masa akan datang. 

RAKAN anggota saya terlibat dalam kemalangan semalam, 28 Jun 2018. Alhamdulillah masih ada rakyat prihatin membantu rakan saya di lokasi dan rakan saya sudahpun sedarkan diri. 

Cuma sementara menunggu kehadiran petugas perubatan, ada sedikit kesilapan di mana orang awam meletakkan rakan saya dalam posisi duduk tanpa mengetahui kecederaan beliau yang berada dalam keadaan separa sedar ketika itu. 

Untuk maklumat, pihak hospital mengesahkan bahawa rakan saya mengalami keretakan tulang cervical (leher) dan tulang di kawasan muka kerana hentakan kuat dari arah depan. Jadi teramat-amatlah bahaya untuk anda meletakkan mangsa dalam keadaan terduduk seperti ini. 

Dan amatlah panjang untuk saya terangkan cara-cara yang sesuai bagi mengendalikan mangsa kemalangan seperti yang menimpa rakan saya ini. 

Belajarlah sedikit ilmu medik. Bergurulah dengan orang yang betul. InshaAllah ilmu itu akan berguna untuk anda ataupun orang lain satu hari nanti. 

Pernah berlaku kepada seorang rakan anggota saya yang meninggal dunia kerana cara pengendalian mangsa kemalangan yang tidak sesuai. Di lokasi, orang awam mengangkat rakan saya dengan cara yang salah sehingga tulang rusuk beliau yang patah tercucuk ke paru-paru. 

Semoga beliau ditempatkan di kalangan orang beriman.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.