Loading...
TR

Anjing maut selepas cuba selamatkan tuannya dari terkena renjatan elektrik


Penduduk di sebuah perkampungan di India, bersedih dengan berita kematian seorang jiran dan anjing peliharaannya yang maut akibat terkena renjatan elektrik ketika cuba menyelamatkan tuannya.

Dalam kejadian di Kampung Kalkondanpatti, Usilampatti, Tamil Nadu, mangsa yang dikenali sebagai M Mokkusu, 65, sebelum itu membawa lembunya pergi meragut rumput. Tetapi haiwan itu terpijak kabel elektrik yang terputus akibat ditiup angin kencang, serta merta lembu itu rebah ke tanah. 

Mokkusu kemudian cuba membantu haiwan itu, malangnya dia juga terkena renjatan elektrik. 

Menyedari kejadian itu, anjing peliharaannya kemudian datang dan cuba mengalihkan kabel elektrik tersebut secara menggigit dan tarik menjauhi mangsa. Sebaik saja anjing itu menggigit kabel tersebut, serta merta anjing itu terkena renjatan elektrik.

Polis yang dimaklumkan mengenai kejadian itu segera datang ke lokasi untuk mematikan punca bekalan elektrik, namun terlambat apabila kedua-dua mangsa sudah tidak bernyawa. 

Para penduduk kampung yang mengetahui kejadian menyedihkan itu datang berkerumun di tempat kejadian. - Daily Mail

About Cite Malaya

Powered by Blogger.