Loading...
TR

'Aku pangkah PH di PRU14 tak tengok manifesto diorang pun sebab...'


Walaupun kemenangan telah berpihak kepada parti Pakatan Harapan (PH) pada PRU14 yang lalu, pelbagai pihak telah tampil memberikan kritikan kepada kerajaan baharu ini. Meskipun belum mencapai usia setahun mereka memimpin negara, ada sesetengah netizen mula mempersoalkan manifesto yang telah dikeluarkan oleh parti PH semasa kempen PRU14 yang lalu.

Seorang pengguna Twitter, menyelar sikap netizen yang memberikan kritikan yang dianggap tidak rasional bukan sahaja kepada kepimpinan Tun Dr Mahathir, malahan kepada menteri-menteri yang lain. Baginya, untuk membentuk kerajaan yang baharu bukannya mudah. Dia juga mengambil contoh situasi sekiranya kita seorang pekerja baharu, banyak benda yang perlu dipelajari dan difahami. 

Dia menyeru kepada semua netizen agar memberi peluang dan masa kepada kerajaan baharu dan berfikir secara positif. 

AKU PANGKAH PH PRU14 dulu sebab aku nak semua pemimpin tertinggi Barisan Nasional (BN) tahu mereka itu sudah terlalu bongkak dan tiba masa regim mereka dijatuhkan. Aku tak tengok manifesto PH pun. Jadi, bila PH belum mampu tunai semua intipati manifesto mereka, aku relaks je!

Sebenarnya, kita tak boleh terlalu mendesak kerajaan baru. Mereka perlu diberi peluang. Selama 60 tahun BN memerintah, kita dah terlalu banyak bersabar dengan kenyataan menteri-menteri BN dulu.
Antaranya, 'kalau tak nak bayar tol, keluar awal'.

Sebenarnya, kita tak boleh terlalu mendesak kerajaan baru. Mereka perlu diberi peluang. Bila PH ambil alih kerajaan pusat kini, kita seolah-olah mencari kesalahan kerajaan era baru. Mereka bukan robot. Mereka tidak pernah tengok fail-fail kerajaan dan kedudukan kewangan kerajaan lama. Banyak benda perlu diselak, dikaji dan diberi fokus utama. Bayangkan 60 tahun BN memerintah, fail-fail dalam semua agensi kerajaan tidak pernah diselak oleh PH sebelum ini.

Semua janji manifesto yang PH buat dulu tidak mengambil kira kedudukan kewangan yang dicipta oleh kerajaan lama. Fahamilah. Kita jangan jadi rakyat yang kejam. Jangan mendesak. Kita biar kerajaan baru buat kerja dan laksanakan tanggungjawab mereka.

Baru beberapa hari kot. Kita masuk kerja mula-mula dulu pun ambil masa kurang setahun atau lebih nak sesuaikan diri. Itu baru diri kita. Ini pula kerajaan yang membawa isu seluruh Malaysia. Banyak fail-fail yang perlu dikaji. 60 tahun punya cerita. Bukan satu kementerian saja. Banyak kementerian!

Rakyat boleh mengkritik kerajaan, tidak ada masalah. Cuma mengkritik itu biar berhemah. Jangan sesuka hati panggil menteri bodoh. Jangan emosional. Kalau tak suka kerajaan kini, pergi pangkah BN masa PRU15 akan datang. Mudah, kan! Kita perlu jadi rakyat yang bijak.

Jangan terlalu bergantung pada kerajaan dan jangan terlalu percaya pada kerajaan. Pada masa yang sama, kita berganding bahu bersama-sama bantu kerajaan baru untuk membangunkan negara.

Kritiklah. Boleh. Asalkan berhemah. Menteri-menteri PH manusia biasa. Aku kesian sangat dengan Tun M. Dia sudah banyak berubah. Regim dia masa jadi PM pada pertama kali dahulu, agak kuku besi. Kali ini ketika menjadi PM buat kali kedua, Tun M banyak rasional. Tun M berumur 93 tahun. Aku mohon jangan kurang ajar kalau nak mengkritik Tun. Tun sepatutnya berehat bermain dengan cucu-cicitnya. Tapi Tun memilih untuk membangunkan Negara. 

Wahai rakyat, sekali lagi. Kritik boleh tapi biarlah berhemah. Respek sikit! Betullah kata Tun. 'Manifesto PH bukan kitab suci'. Manifesto PH dibuat TANPA melihat pada fail-fail dalam semua kementerian kerajaan yang tersimpan 60 tahun BN punya cerita. Rasionallah sikit!

Kalau benci PH, rakyat boleh ubah keputusan pada PRU akan datang atau mana-mana PRK jika ada. Tak perlu nak 24 jam maki hamun desak kerajaan tunaikan manifesto. Relaks. Chill sudah! Kita janji dengan Allah/mak ayah/pasangan sekalipun pernah juga terbabas tak tunai janji sekali dua. Inikan pula kerajaan! Jadi, bersabarlah.

Kerajaan baru sedaya upaya untuk buat transformasi bangunkan Negara. Rakyat perlu positif. Korang kerja/kuliah pun kadang-kadang terculas jugak. Ini nak berterus-terusan kritik kerajaan. Bagi PH peluang. Jangan kacau mereka buat kerja. Mat Sabu dan pemimpin-pemimpin PH lain masa angkat sumpah, pintu utama Istana Negara pun diorang sesat.

Diorang berpandukan Tun M saja nak masuk sebab antara reramai tu, Tun M saja pernah masuk Istana Negara. Bayangkan bila diorang jadi menteri sekarang ini. 

Hari pertama masuk kementerian, diorang dah kena kecam gila babi kat media sosial tanya bila tol nak mansuh, bila harga barang nak turun. Eh korang yang kritik ni gila ke apa! Mereka manusia. Bukan robot. Kau dah mengundi, serahkan kepercayaan korang! Biar mereka buat kerja dengan tenang! Cuba kau letak diri kau dalam keadaan mereka. Entah-entah kau dah masuk wad gila sebab hari-hari kena kecam.

Lagi satu, si cikgu mana entah yang kritik penampilan YB Syed Saddiq dalam Parlimen. Entah apa apa. Bagi aku mudah saja. Kau biar mereka jadi diri sendiri asalkan tidak melanggar undang-undang dan mengancam keselamatan negara sudahlah.

Penasihat kerajaan (Tun Daim Zainuddin) jumpa pemimpin luar negara pakai selipar pun korang kecam. Selipar dia harga beribu kot. Walau aku tak berapa berkenan dia pakai selipar asalkan dia membawa apa apa kebaikan pada negara, aku dah cukup sangat okay!

Cybertrooper BN ini ramai yang aktif dalam media sosial. Berapa entah dorang buat kerja dengan berbayar. Kebanyakan mereka tak pernah mengundi pun. Kritik macam khinzir. Saya bukan PH trooper. Saya tidak dibayar. Sebelum PRU14, saya beberapa kali buat solat istikharah. Dan, saya pergi mengundi dalam keadaan cukup tenang dan benar-benar waras. Jadi soalan saya, anda buat solat istikharah sebelum pergi mengundi PRU14?

Kalau kita bising meroyan pun,bukan dapat ubah keputusan PRU14. Jadi kita tempuhi dulu. Kita amati dulu. Beri peluang dulu. Tak puas hati lagi? Kita pangkah PRU akan datang. Kita ubah kepada era lebih maju. Apapun, tempuhi dulu. Benda dah pun berlaku!

Sumber: gincubibir

About Cite Malaya

Powered by Blogger.