Loading...
TR

(Video) 'Tak boleh selesaikan baik-baik ke?'


Viral di media sosial video pergaduhan di antara dua lelaki selepas kenderaan mereka berlanggar sebaik saja keluar dari tol.

Berdasarkan klip video berdurasi 2 minit 50 saat itu, pemandu Toyota Vellfire berbaju kuning kelihatan marah dan tidak berpuas hati serta mendakwa lelaki berbaju Melayu itu bersalah dalam kemalangan kecil itu. 


Lelaki itu juga dilihat beberapa kali memukul kereta biru tersebut, sementara seorang lagi lelaki yang memakai baju tertera 'Ducati' itu cuba menenangkannya. 

Juga kedengaran dalam video itu, si lelaki berbaju hitam berkata dia tidak takut dengan status pemandu Vellfire itu. 

Bagaimanapun keadaan yang tegang itu menjadi lebih teruk apabila pemandu Vellfire itu mula menyerang dan memukul mangsa sebelum dileraikan oleh lelaki 'Ducati' itu yang kemudian memberikan amaran agar tidak terus bertindak agresif.




Video itu kini viral di media sosial dan netizen mengecam pemandu Vellfire berkenaan yang memilih menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan masalah tersebut. 

About Cite Malaya

Powered by Blogger.