Loading...
TR

(Video) Suami langgar isteri yang nekad mahu bercerai


Berang dengan keputusan isteri yang nekad mahu bercerai, seorang lelaki tergamak melanggar isterinya dengan kereta dalam kejadian di Khabarovsk, Rusia, lapor Daily Mail

Difahamkan sebelum kejadian itu berlaku, pasangan berkenaan bergaduh di dalam kereta dan apabila keadaan menjadi tidak terkawal, si isteri mengatakan dia mahu bercerai sebelum keluar dari kereta. 

Berang dengan tindakan isterinya, lelaki itu segera membuat Pusingan U dan melanggar mangsa sebelum kenderaannya melanggar sebatang pokok perhiasan di bahu jalan. 

Mangsa yang terjatuh akibat dilanggar, berada dalam keadaan terkejut dan terhuyung-hayang menahan kesakitan di tepi jalan. 

Kejadian itu sempat dirakam dashcam kereta di belakang. Orang ramai kemudian menghubungi pihak polis dan ambulans untuk datang membantu. 

Mangsa dilaporkan hanya mengalami lebam di beberapa bahagian badannya. 

Polis sedang menyiasat kes itu dan tidak dapat dipastikan sama ada lelaki itu ditahan atau akan didakwa di atas perbuatannya itu.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.