Loading...
TR

(Video) 'Salah ke ambil gambar Google? Langau-langau (haters) ini sibuk je' - Wak Doyok


"Salah ke ambil gambar Google? Saya tak tulis kasut itu saya punya," demikian kata ikon fesyen Wak Doyok atau nama sebenar Mohd Azwan Md Nor, selepas dikecam netizen kerana mengambil gambar dari Google dan memuat naik koleksi kasut itu di Instastory seperti miliknya. 

Terdahulu, Wak Doyok memuat naik gambar koleksi kasut di Instastorynya dengan kapsyen, "Bilik dah penuh dengan kotak #sneckers," seolah-olah menggambarkan koleksi kasut itu miliknya. 

Namun seorang pengguna Twitter mempersoalkan kesahihan gambar berkenaan yang didakwanya pernah dimuat naik di beberapa laman sesawang seperti Pinterest. 

Turut menguatkan lagi dakwaan bahawa kasut itu miliknya apabila Wak Doyok membalas mesej seorang followersnya dan memaklumkan koleksi itu disimpannya dari tahun 2008 hingga tahun terkini. 

"Simpan dari tahun 2008 2018 bro," tulisnya. 


Bagaimanapun, Wak Doyok tampil memberi penjelasan bahawa bukan salah kesalahan mengambil gambar dari Google dan menyelar golongan netizen yang sengaja mencari salah dirinya. 

"Haters memang sengaja mencari publisiti dan salah orang. Instagram saya adalah hak saya dan langau-langau ini pula sibuk menceroboh privasi saya," katanya memetik laporan dari mStar Online hari ini. 

"Mana ada. Saya tulis kat situ "Dah penuh bilik ni", tu je tulis situ. Salah ke ambil gambar Google? Kadang-kadang gambar pemandangan cantik kita ambil. Mana ada saya tulis kat situ, saya punya kasut? 

"Kadang-kadang haters ni memang macam tu, memang nak cari publisiti jugalah. Biasalah tu, mereka suka mencari kesalahan orang. Dia tak puas hati apa kita dapat, apa kita nikmati, kita beli, kita apa semuanya. Suka hati kita, duit kita kan? 

"Apa masalah dia (haters)? Instagram itu kita punya, kita punya suka nak post apa ke, sibuk je langau-langau ni. Ini dia dah menceroboh kita punya privasi. So dia nak war-warkan benda yang bukan-bukan. 

"Maklumlah sekarang ni pilihan raya dah habis, cerita-cerita hangat dah senyap, jadi diorang buatlah satu cerita yang viral macam tu supaya ada timeline, kat blog-blog mana yang..." katanya kepada wartawan mStar Online


Sementara itu, netizen menyifatkan kenyataan Wak Doyok itu seperti mahu menegakkan benang yang basah. 

"Tak salah pun nak ambil gambar Google, yang salahnya kau riak macam gambar itu kau yang punya. Itu saja," kata netizen.

BERITA BERKAITAN:

About Cite Malaya

Powered by Blogger.