Sumber berkata, kejadian pada 10.15 malam dipercayai berlaku akibat mercun naga yang dibakar sekumpulan kanak-kanak tersasar ke gerai menjual bahan larangan itu.
Katanya, kejadian itu menyebabkan kebakaran tercetus dan api marak sehingga merosakkan siling di kaki lima bank berkenaan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bahau Ahmad Hafezze Mat Junoh berkata, ketika kejadian pada 9.49 malam itu, sebuah jentera sedang menjalankan rondaan sebelum ke lokasi kejadian di hadapan sebuah bank di Bandar Bahau.
Gerai Mercun depan CIMB Bahau terbakar. Ya Allah rasa macam kene Bom. Mula-mula rasa seronok je rakam tapi bila tengok khemah dia terbakar rasa lain macam dah tu. Serius baru je lalu situ dan beli barang sebelah cimb tu 😣 Allah gerakkan hati parking jauh sikit. pic.twitter.com/fB5DNaXy0a— #TeamRayaNoghori9 (@NurulNaja_Haja) June 14, 2018
My friend share this ... pic.twitter.com/qlVtlnFKlf— captain #teamrayapahang (@captain68404915) June 14, 2018
"Sebaik tiba, api daripada letupan sudah dipadamkan oleh orang awam menggunakan alat pemadam api dan air paip berdekatan.
"Bomba kemudian melakukan kerja pemadaman sepenuhnya. Selain kebakaran gerai itu, lima peratus struktur hadapan sebuah bank rosak dan beberapa kenderaan turut dilaporkan rosak," katanya ketika dihubungi, hari ini.