Pada hari kedua, keadaan anaknya menjadi semakin teruk dan tidak dapat tidur dengan lena. Justeru, bapanya, Affi Ariff, menasihatkan ibu bapa di luar sana berhati-hati ketika membawa anak beraya bersama.
SALAM rakan-rakan dan kenalan Facebook. Saya nak pesan, sekarang musim raya minta semua beringat-ingat sebelum terlambat. Anak saya, Mia Rumaisya, kena jangkitan Hand, Foot and Mouth Disease (HFMD) semasa pergi open house beraya.
Dalam masa dua hari saja boleh jadi teruk begini. Dari semalam sampai sekarang anak saya tak boleh tidur sebab badan panas dan gatal-gatal.
Saya nak pesan, mak ayah tolong jangan ambil ringan hal seperti ini. Orang sekeliling pun kena mainkan peranan. Kalau anak kita dah kena, minta dijauhkan dari anak orang lain. Kalau anak kita belum kena, kita sendiri yang bawa anak kita jauh-jauh.
Kita seronok beraya, anak kita yang merana kemudian. Biarlah keseronokan beraya itu tak ada sekarang dari kita merana tengok anak seperti ini.
Penyakit ini seakan-akan demam campak, tetapi petanda HFMD ada bintik-bintik merah kecil dan besar serta ulser dalam mulut. Punca penyakit ini boleh kena dari persekitaran yang tidak bersih dan sangat mudah berjangkit untuk budak berumur bawah dua tahun.
Penyakit ini lebih tertumpu pada mulut, tangan dan kaki. Tiada ubat yang boleh merawat, cuma perlu persekitaran yang bersih sahaja. Boleh sembuh tetapi dalam tempoh yang agak lama.
Sumber: Affi Ariff