Loading...
TR

'Orang ada HIV, boleh kahwin ke? Diorang kahwin sesama HIV?'


Sebelum melangsungkan perkahwinan, setiap pasangan wajib menjalani ujian HIV bagi memastikan pasangan itu bebas daripada penyakit tersebut. Ujian ini bukan sahaja bertujuan untuk memelihara pasangan tersebut melalui jangkitan malahan tidak akan memberikan kemudaratan kepada keturunan mereka.

Setiap insan di dunia ingin memiliki pasangan, namun jika takdir telah meletakkan dirinya sebagai penghidap HIV, maka dia juga terpaksa berkorban dirinya demi orang lain. 

Nik Nur Atiqa melalui bebenang di Twitter berkongsikan pendapatnya mengenai status penghidap HIV yang ingin berkahwin. Soalan sebegini ujarnya pernah ditanya kepada seorang penceramah dan jawapannya adalah haram untuk mereka berkahwin kerana akan memberi kemudaratan kepada pasangan. 

Beliau juga meminta kepada masyarakat agar membuang pandangan skeptikal terhadap golongan ini dan cuba memimpin mereka ke arah jalan yang benar.

"ORANG HIV BOLEH KAHWIN KE?"

Soalan ini pernah ditanya kepada seorang penceramah, dan jawapan yang diberikan adalah, "Haram la bagi orang HIV kahwin seumur hidupnya kerana akan memberi kemudaratan kepada pasangan. Itu ujianlah kepada dia."

Ini adalah thread.

Selaku peserta yang masih mencari nilai kehidupan dan beragama ketika itu, saya terfikir dan bermonolog, "takkanlah Islam sejahat itu kepada manusia. Islam itu agama fitrah.". Lalu selepas masuk ke bidang ini, pencarian saya menemui jawapan. Ada kenalan apabila berjumpa terus bertanya,

"Eh? Orang ada HIV boleh kahwin ke?" 

Apabila saya menjawab "Boleh" tanpa sempat menjelaskan ada yang langsung,

"Diorang kahwin sesama HIV jugalah kan?".

Runtun hati saya, begitu mudah masyarakat meletakkan standard manusia. Saya faham, begitu hina penyakit ini di mata masyarakat. Tetapi saya juga faham, mereka tidak tahu kerana itu dengan mudah mereka memberi persepsi dari sudut itu. Ini adalah entry untuk menjelaskan realiti orang-orang HIV @ terminologi yang betul adalah People Living with HIV(PLHIV).

Pertamanya, HIV hanya boleh berjangkit, iaitu melalui;
  1. Hubungan kelamin (faktor paling utama)
  2. Perkongsian jarum(bagi pengguna dadah melalui jarum suntikan)
  3. Ibu kepada kandungan/anaknya(melalui mengaliran darah/penyusuan)
  4. Transfusi darah (paling dan sangat jarang berlaku)
Dan HIV tidak akan berjangkit/terjangkit melalui;
  1. Air liur(berkongsi makanan atau minuman)
  2. Peluh(sentuhan)
  3. Air mata
Maka dari cara yang manakah kita boleh terjangkit?

Virus HIV ini tidak dapat dihilangkan dari badan, sekali dapat selamanya ada. Namun, virus ini dapat dimendapkan (suppressed) dengan menggunakan ubat-ubatan (antiretroviral drugs) khas untuk melawan virus ini sehingga ke tahap yang tidak dapat dikesan melalui pemeriksaan darah.

Ubatan untuk HIV adalah seumur hidup, walaupun virus telah dimendapkan ke tahap yang maximum (sehingga undetectable), pengambilan ubatan tetap perlu diteruskan. Jika PLHIV memberi komitmen (adherence) dengan disiplin dan komited dalam pengambilan ubatan (ditambah dengan diagnosis awal sebelum terlambat), maka potensi untuk mencapai status "Tidak Dapat Dikesan" atau "Undetectable" adalah sangat tinggi. "Undetectable, untransmissable"

"Tidak dapat dikesan, tidak boleh menjangkiti"


Apabila seorang PLHIV mencapai status virus sehingga "undetectable", kebarangkalian untuk menjangkiti sama ada kepada pasangan atau ibu kepada anak sangat-sangat tipis. Namun penggunaan kondom dalam hubungan suami isteri tetap digalakkan untuk mengurangkan lagi kebarangkalian dan si ibu tetap tidak dibenarkan menyusukan anak.

Kebiasaannya apabila PLHIV berjaya access set ubatannya, kualiti hidup, lifespan, kemampuan berkerja, fitness, fizikal (tiada pun simptom kudis-kudis semua itu) mereka sama seperti orang lain yang bukan HIV, malah ada lebih sihat.

Maka HIV sebenarnya bukanlah satu hukuman mati mandatori. Apa yang penting untuk diingatkan adalah, bukan semua PLHIV mendapat virus tersebut berpunca daripada perilaku seks bebas.

Ada yang dijangkiti disebabkan:
  1. Isteri yang suaminya pengguna dadah melalui jarum suntikan atau sebaliknya
  2. Isteri/suami yang pasangannya curang di luar sama ada dengan wanita atau lelaki (homoseksual/heteroseksual)
  3. Pasangan(suami/isteri) yang tidak tahu atau tidak diberitahu status HIV pasangan sebelum berkahwin
  4. Anak yang dijangkiti melalui ibu (tidak adil untuk anak ini dihukum oleh masyarakat)
  5. Dan beberapa kes-kes yang lain
Apabila penceramah tersebut mengatakan Haram untuk PLHIV berkahwin kerana kemudaratan, oleh itu kemudaratan itulah yang perlu untuk saya perjelaskan. Apa yang masih boleh diselamatkan dari kemudaratan bagi situasi kes HIV:

1. Menjangkiti pasangan (suami/isteri). Penggunaan kondom adalah antara langkah pencegahan yang sangat efektif, tahap keberkesanannya sehingga 98%. Namun perbincangan dan budi bicara dua belah pihak secara menyeluruh amat penting sebelum mengambil keputusan untuk bernikah.

2. Menjangkiti kandungan. Wanita PLHIV apabila mengandung, kandungannya akan dipantau oleh pengamal perubatan dan sangat besar kebarangkalian untuk bayi dalam kandungan tdk dijangkiti HIV dgn beberapa langkah pencegahan yang akan dinasihatkn oleh pengamal perubatan. Maka di sini, kemudaratan untuk si anak dijangkiti dapat dihalang.

Maka saya memilih untuk tidak memberi jawapan boleh atau tidak terhadap soalan utama, bolehkah PLHIV berkahwin? Kerana bagi saya, jawapan boleh atau tidak, sebenarnya adalah bergantung kepada individu, "boleh menerima atau tidak dapat menerima". Jika anda merasakan mereka yang mendapat virus ini adalah populasi yang tidak bermoral, maka dekatilah mereka untuk mengetahui punca yang lebih jelas untuk membaikpulih masyarakat dari akar umbinya.

Namun, saya mohon jangan menghukum mereka (bukan bermakna saya setuju dengan perilaku seks bebas). Tetapi ingatlah, masih ramai (PLHIV) yang teraniaya. Bagaimana Islam itu agama fitrah untuk aku, begitu juga untuk mereka.

Bachelor in Medical Sciences(Hons)
Management and Science University
Endorsed by: Dr Rabiatul Badariah

Aku dan kamu dilahirkan dari rahim wanita yang tidak mewariskan HIV kepada aku serta kamu.  Dan itu adalah privileged yang perlu kita akui dan syukuri. Namun mereka dipilih Tuhan, bukan mereka meminta, bahkan tiada kuasa mereka menghalang.

Sumber: NikNurAtiqa

About Cite Malaya

Powered by Blogger.