Loading...
TR

KJ puji Kerajaan PH beri dana kepada wakil rakyat pembangkang


Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin memuji Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang mengumumkan pemberian peruntukan RM100,000 kepada Ahli Parlimen pembangkang, berbanding Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang tidak memberi sebarang peruntukan wakil rakyat pembangkang sebelum ini. 

"Walaupun jumlahnya tidak sama dengan apa yang diberi kepada rakan-rakan dalam PH, pemberian ini lebih baik daripada apa yang diamalkan kami dahulu, yakni tiada apa-apa peruntukan diberi kepada wakil-wakil rakyat pembangkang," tulis Khairy di Facebooknya hari ini. 

Namun, Ahli Parlimen Rembau itu berharap PH mempertimbangkan semula jumlah peruntukan sama kepada wakil rakyat BN dan PH pada masa depan dengan melaksanakan sistem audit serta pemantauan bagi mengelakkan ketirisan. 

"Atas semangat Malaysia Baru, pengundi tidak sepatutnya dihukum atas pemilihan politik mereka semasa pilihan raya. 

"Untuk memastikan tiada apa-apa ketirisan berlaku dalam pengagihan peruntukan tersebut, syarat-syarat ketat boleh diletakkan dan sistem pemantauan dan audit yang telus boleh dilaksana ke atas peruntukan yang diberi kepada semua ahli Dewan Rakyat," tulis Khairy. 

About Cite Malaya

Powered by Blogger.