Loading...
TR

Kau takkan dapat pisahkan kami! Budak ini dah berjanji sehidup semati dengan aku!' - Tertuntut ilmu hitam dari Siam


Okey-okey, aku akan start story aku bila mana 10 saja la yang retweet. Aku pun bukan femes mana dan cerita aku berkenaan tatu ni, 'Ilmu hitam dari Siam'. #thread #seram. 

Disebabkan aku ni tak berapa nak femes, aku cerita sajalah. Okey, watak dalam story ini ada ada sebagai perawat, Along (pesakit yang mengamalkan ilmu hitam dari Siam) dan lain-lain watak sampingan yang tak berapa nak penting. Hahaha! 

Cerita ini berlaku pada enam tahun lepas sewaktu aku berkhidmat di sebuah pusat rawatan Islam yang tak berapa nak terkenal di Malaysia walaupun ada nama tetapi orang tak berapa tahu sangat. Aku ingat lagi, pukul 10 malam macam waktu sekarang, aku didatangi pesakit iaitu, Along. Aku pun layanlah Along seperti mana pesakit-pesakit aku yang lain. Interview la sikit, tanya nama dan apa masalah dia sebab aku tengok Along ini okey saja, macam tak ada masalah. 

Along pun buka cerita sewaktu dia berumur belasan tahun, dia tergila-gilakan ilmu-ilmu persilatan ini. Segala ilmu kebatinan orang kata, dia pergi menuntut sehinggalah berlaku satu kes (yang tak boleh disebut) dia lari ke Siam. 

Di Siam, dia pun konon-konon nak berubah tetapi disebabkan minat dia terhadap ilmu persilatan, dia terjebak dengan belajar ilmu Muay Thai di sana. Pada mulanya dia hanya belajar fizikal sahaja sampai satu tahap, guru yang mengajar dia Muay Thai tanya dia nak tak meningkatkan tenaga dalaman dia. 

Along yang masih jahil pada ketika itu mengikut sahaja apa yang guru dia cakap. Tetapi di dalam hati dah rasa pelik sebab guru dia bawa ke tokong berjumpa dengan Tok Cha (sami). Guru dia kata dengan Tok Cha, yang Along nak menuntut ilmu kebal, pengasih dan penunduk. Bila Tok Cha itu tengok Along, Along angguk saja. Walhal sepatah apa pun Along tak tahu pada waktu itu. 

Dipendekkan cerita, Along dimandikan oleh Tok Cha dan disuruh duduk di satu tempat di depan patung Buddha dan disuruh duduk diam tunggu orang lain yang akan sempurnakan ritual untuk Along. 

Tiba-tiba datang seorang Tok Cha yang lain membawa pahat dan penukul. Guru Along suruh Along bertahan sahaja. Rupa-rupanya pahat dan penukul itu digunakan untuk melakar tatu di badan Along. Uniknya Tok Cha yang pahatkan tatu di badan Along itu buta. 


Along redha sajalah dan Along ketika itu langsung tidak merasa sakit walaupun badan dia (bahagian belakang dan dada) dipenuhi darah kerana tatu dicacah di badan dia. Siap sahaja tatu itu, Along terpaksa menjalani ritual terakhir sebelum dirinya kebal di mana Along diberikan tiga colok dan berhadapan dengan tiga orang Tok Cha. 

Setiap Tok Cha memakai topeng yang berbeza. Haa, ini contoh topeng yang Tok Cha itu pakai. Setiap jampi serapah, Along dipakaikan topeng yang Tok Cha tadi pakai. Rupanya tiga topeng itu membawa semangat (jin khadam) yang berbeza. Adanya rupa perempuan, kanak-kanak dan yang terakhir barulah Hanuman (Dewa Perang yang menyerupai monyet putih). 


Bila mana Along sarung muka dia dengan topeng yang terakhir, Along menjadi tidak sedar dan orang cerita pada dia, dia menari sebijik seperti Hanuman (monyet) yang menanti habuannya untuk dikorbankan sama seperti gambar ini. 


Dipendekkan lagi cerita, tiga bulan selepas Along diturunkan ilmu Hanuman (Ilmu Hitam) Along merasa megah dengan kekuatan kebatinan yang dia ada dan dia rasa sudah sampai waktu untuk dia pulang ke Ampang. 

Setelah beberapa tahun duduk di Ampang, Along cuba untuk berumah tangga tetapi semuanya gagal. Bilamana dia bekerja, semua majikan tidak serasi dengannya dan dia diberhentikan kerja. Rupa-rupanya ada juga kes yang takut dengan Along. Ramai kata diorang selalu ternampak kelibat Along duduk bertapa di bengkel. Ada yang kata nampak Along menangis merayu agar dilepaskan. Walhal Along tak buat pun semua benda itu. 

Sampailah satu ketika, Along ditegur oleh seorang pakcik tua yang agak rapat juga dengan Along. 

"Along, pakcik tengok kamu ini budak baik. Tetapi kenapa kamu amalkan ilmu-ilmu Siam ni Along?" 

Tersentak Along masa tu. Sedangkan Along tidak pernah cerita perihal dirinya di Siam kepada sesiapa. Along pula bukannya orang yang kaki pakai singlet. Setiap masa dia pastikan kulit badan dia orang tak nampak (dia sorok tatu dia).

Bermula dari situ, Along mula bermimpi perempuan muka hodoh menangis-nangis di depan along. Boleh dikatakan hampir setiap malam dan bila dia terjaga, dia nampak kelibat kanak-kanak yang hampir keseluruhan badannya terbakar menangis duduk di kaki Along. 

Kehidupan Along mula terganggu. Pada awalnya hanya gangguan waktu malam (waktu tidur). Tak lama selepas itu, gangguan dah dibuat pada waktu siang dalam keadaan Along sedar. Pernah Along pesan makanan di kedai. Elok saja muka kakak yang ambil order itu berubah menjadi perempuan hodoh dalam mimpi Along. Ibarat kata Along pejam mata atau buka mata, kelibat jin perempuan dengan kanak-kanak itu sentiasa ada dengan Along. 

Mesti korang tertanya-tanya, mana pergi Hanuman kan? Jap. 

Semua orang yang nak berurusan dengan Along, semua lari. Bukan sebab nampak hantu tetapi bilamana diorang dekat dengan Along, diorang tak tahan bau bangkai yang meloyakan tekak. Along mula pergi mencari ustaz-ustaz untuk membuang. Along rasa ini semua berpunca dari ilmu hitam yang dia pelajari sebelum ini. 

Waktu dia berubat, ramai ustaz yang mengalah sebab bila dirawat, benda itu tak datang dan tak boleh nak putuskan hubungan Along dengan jin itu. Alasannya, Along dah buat perjanjian berdarah sehidup semati dengan jin-jin yang Along ambil. Sampailah satu ketika Along dipertemukan dengan seorang kiai di masjid di Ampang. Along mengadu masalahnya kepada Pak Kiai. 

Pak Kiai setuju nak membantu Along tetapi dia kata dia bukan perawat, dia hanya hamba Allah yang cuba membantu Along. Sampai saja di rumah Along, Pak Kiai bagi je salam terus yang menyambut salam itu tiga suara yang berbeza keluar dari mulut Along. Bermulalah dialog antara jin dalam badan Along dengan Pak Kiai. 

"Kau tak akan mampu pisahkan aku dengan budak ini. Budak ini dah berjanji sehidup semati dengan aku," kata jin tiga sekawan. 

"Tiada kuasa yang lebih hebat dari kekuasaan Allah. Kau hanya jin iblis laknatullah," balas Pak Kiai. 

Mulalah pergelutan di antara ruqyah dan jampi serapah Siam. Macam-macam bunyi yang keluar sampaikan bunyi pinggan mangkuk pecah di dapur seperti dicampak orang. Bunyi cakaran di atap rumah Along dan bermacam-macam lagi bunyi kedengaran. 

Sampailah tahap Pak Kiai azan empat penjuru barulah berhenti gangguan. 

Relaks jap, terasa ada benda tengok la pula. Kejap lagi bila dah tenang, aku sambung lagi kisah ini. Baru 40 peratus thread ini ya. 

Okey, aku sambung balik walaupun tak ada yang membaca. Akan ku gigihkan jugah abiskan kisah ini. 

Selesai saja Pak Kiai azan empat penjuru disusuli dengan pemagaran empat penjuru, Pak Kiai pergi ke dapur dan yang anehnya tiada satu pun gelas mahupun pinggan atau mangkuk yang pecah. Semuanya elok di rak. Pak Kiai ambil segelas air dan letak garam. Selepas syifa diberikan minum pada Along. 

Tetapi gangguan pada Along tidak berkurangan, malah semakin teruk dia diganggu dan yang paling ngeri, dia tak boleh tahan nafsu untuk makan tulang-tulang saki baki lauk seperti tulang ayam ke apa. Dia akan ratah tulang itu tanpa dia sedar. 

Along tak putus harapan, dia pergi ikhtiar ke beberapa tempat sebelum dia sampai ke tempat aku dan setiap cerita di atas diceritakan kepada aku. Okey, bermula kisah dia nak berubat dengan aku. Seperti biasa, sebelum aku memulakan ruqyah, aku akan buat air syifa terlebih dahulu untuk mengesan benda-benda kotor dalam badan pesakit. Mula saja aku baca ayat syifa pada air, riak muka Along dah berubah seperti marah pada aku dan mulutnya terkumat kamit membaca sesuatu. 

Aku pun buat-buat tak tahu dan teruskan kerja aku. Habis saja ayat syifa, aku tepuk bahu Along. 

"Haa bang (panggilan biasa aku pada pesakit lelaki), datang sini kena kuatkan semangat bang. Abang nak sihat kan? Kuatkan semangat, yakin pada kekuasaan Allah." 

Reaksi Along macam okey, dah mula nampak waras. Tak ada terjegil-jegil lagi. Aku minta dia selawat, dia boleh selawat. Jadi, aku suruh dia pasang niat untuk membuang semua ilmu dan kekotoran dalam badan dia. Selepas saja niat, aku suruh dia minum air syifa yang aku buat. Tak sampai setengah gelas dia minum, dia muntah balik. Terbeliak biji mata. 

"Panassss!! Kau semua nak bunuh aku ke apa?! Panaslah bodoh!" sambil dia koyakkan baju yang dia pakai. Badan Along merah habis macam udang kena panggang merah dia. 

Dengan suara garau dia, tiba-tiba Along gelak (faham-fahamlah yang ini bukan Along dah ya).

"Hehehe! Kau ingat kau dapat pisahkan aku dengan dia? Jangan harap! Dalam badan dia, aku dah siap beranak pinak dalam ini! Kau buang aku, esok lusa aku masuk balik!" 

Aku pun apa lagi, dah alang-alamng baju Along pun dah koyak, aku buat tak tahu sajalah apa yang jin itu merepek. Aku mulakan ruqyah dan aku tujukan dekat setiap tempat di badan Along yang ada tatu. Setiap kali aku ubahkan telapak tangan aku ke arah tatu Along yang lain, Along akan berubah karakter menjadi orang lain. Sekejap jadi macam budak kecil yang menangis mahukan mainan, sekejap menjadi perempuan yang cuba menggoda. 

Tapi setiap kali dia berubah menjadi Hanuman, setiap kali itu juga orang-orang di sekeliling yang cuba memegang dia makan buah pukul. Aku pun apa lagi, pasakkan setiap sendi Along di tujuh lapisan tanah. Alhamdulillah Along dah tak meronta dan tidak menyerang orang lain. 

Lebih kurang 30 minit sesi ruqyah, last-last aku terdetik hati apa sebenarnya punca ynag jin ini susah sangat nak melepaskan Along. Aku sedarkan Along dan terus tanya. 

"Sewaktu abang menuntut ilmu dulu, ada tak Tok Cha itu bagi apa-apa barang pada abang?" 

Hmm, rupanya memang ada Along ambil barang itu dan syaratnya Along kena perasap barang itu setiap Khamis malam Jumaat (malam keliwon). Aku suruh Along balik dan bawa balik barang itu berjumpa dengan aku.

Keesokan harinya, Along datang jumpa aku dan bawa tiga barang yang dia dapat. Aku buka saja bungkusan itu, amekkaw! Satu klinik aku bau bangkai! Ada macam janin dalam balang, gumpalan rambut yang paling real sekali ada tokong kecil dalam bungkusan itu. 

"Bang, kau memang tak pernah buka ke bungkusan ini? Main ambil macam tu saja ke?" direct aku tanya. 

"Dia jawab, pantang larang dia memang tak boleh buka dan kalau dia mati pun jangan buka. Cis! Teruk brader ni kena cong dengan Tok Cha.

Jadi, masa itu juga aku mulakan sesi neutralkan balik barang itu. Dan-dan time itu jugalah tiga suara muncul serentak merayu jangan pisahkan diorang dengan Along. Ceit! Ingat aku nak hairan? 

Sambil-sambil aku baca beberapa ayat dalam surah Al-Jin, aku tanya jin-jin itu kenapa nak sangat duduk dalam badan manusia, tak rasa bosan ke? Diorang kata badan manusia ibarat istana bagi golongan bangsa jin. Apa yang manusia makan, mereka dapat rasa benda yang sama. Diorang lebih selesa menetap dalam badan manusia dari menetap di tempat-tempat kotor dan makan tulang belulang semata-mata. 

Aku pun tertanyalah soalan, tak takut pada hukuman Allah? Diorang boleh jawab tiada siapa yang menceritakan tentang Allah. Aku pun macam terlebih rajin pula masa itu tanya dia, nak tak aku tunjukkan apa itu Islam? Bukakan hjab tunjukkan keberadaan Islam. Alhamdulillah bangsa jin dalam badan Along ini menerima Islam dan mereka aku pandukan keluar dan aku mohon agar mereka pergi mencari bangsa mereka yang beragama Islam untuk belajar tentang Islam. 

Tetapi selepas saja keluar, muncul pula seekor jin yang bengis marah pada aku. Aku bacakan satu ayat yang Al-Quran yang mahsyur yang selalu digunakan perawat untuk menundukkan para jin dan digabungkan pula dengan kaf 40. Alhamdulillah tak sampai dua minit keluar jin yang mengaku jin ifrit itu. 

Ingat ya semua, bangsa jin boleh mengaku siapa pun dia. Jin ifrit la, apa la tetapi dia tidak akan mampu menipu ayat quran. 

Jadi, berbalik kepada pesakit, aku pulihkan semangat Along. Selepas itu aku sedarkan dia. Selesai rawatan seperti biasa sesi tarbiah bermula dan aku masih ingat pesan aku pada Along. 

"Bang, tatu itu kalau dibuang menyeksakan. Bertaubatlah sebenar-benar taubat dan jangan ulangi kesilapan lama. Dan abang kena ingat, badan abang dah ada ruang untuk kaum jin masuk. Cara-cara nak tutup lubang itu perbanyakkan amal ibadah, rapatkan hubungan abang dengan Allah dan perbaiki solat, inshaAllah dengan izin Allah hilang gangguan itu bang." 

Selepas sesi rawatan kedua itu, Along datang buat 3-5 kali lagi untuk rawatan susulan dan dia sendiri ambil amalan untuk rawatan diri dia sendiri. Alhamdulillah sekarang Along banyak berkhidmat di madrasah atau di Seri Petaling dan Alhamdulillah dengar dia dah berkahwin. 

Satu saja nak cakap. Nak hebat, nak jadi handal, kita semua akan mati dan akan dipertanggungjawabkan apa yang kita lakukan di hadapan Allah kelak. Jadi, berfikirlah dengan otak yang Allah kurniakan. Jangan menyesal di kemudian hari nanti (dalam kubur baru nak menyesal tak guna). 

Okey, tamat kisah ilmu hitam tatu hidup dari Siam. InshaAllah jika ada sambutan, akan saya sambung kisah Saka 9 Keturunan nanti. 

Sumber: @Jebat114

About Cite Malaya

Powered by Blogger.