Loading...
TR

(Video) Peniaga tampar pelanggan 'wanita' selepas dia mengadu buah duriannya tidak dapat dimakan


Seorang wanita transgender di Thailand ditampar oleh peniaga durian selepas dia mengadu durian yang dibelinya itu terlalu masak dan tidak boleh dimakan serta meminta ditukarkan dengan yang lain, lapor Next Shark

Dalam video yang dimuat naik di Facebook group PattayaTalk pada Rabu, mangsa yang dikenali sebagai Bella Thepsatar bertengkar dengan peniaga terbabit. 

"Saya beli durian dari kedai ini dua kali dan tidak ada masalah. Tetapi kali ini buah durian ini terlalu lembek dan melekat pada plastik pembalut," tulis Bella di Facebooknya dan menegaskan dia bukan mahu menimbulkan masalah. 

Berang dengan 'wanita' itu, peniaga terbabit mengancam akan mencederakan Bella. 

"Kenapa awak nak pukul saya? Saya bercakap elok-elok dengan awak. Apa yang awak nak buat pada saya? Saya cuma kata durian ini terlalu lembek dan saya tak dapat makan buah durian seperti ini," kata Bella. 

Lelaki itu kemudian datang menghampiri Bella dan membawa dua ulas buah durian sebelum secara tiba-tiba menampar mukanya dengan buah itu menyebabkan mangsa menangis tersedu sedan. 

"Saya cuma beritahu awak yang buah durian ini tak boleh dimakan. Saya dah beli buah durian dari awak dua kali," katanya sambil menangis. 

Kemudian datang seorang wanita (ini original) yang meminta Bella segera beredar. 

"Dia tidak suka bila ada orang bercakap mengenai dia dari belakang. Saya merayu pada awak, tolong beredar segera," katanya. 

Tidak beberapa lama selepas itu, seorang remaja tampil meminta maaf dan menghulurkan tisu tandas membantu membersihkan kotoran pada muka Bella. Bella juga diberikan durian yang lain sebagai ganti sebelum beredar dari kedai tersebut. 


Video kejadian itu viral di Thailand dengan perkongsian 25,000 dan 19,000 reaksi dari netizen yang juga mula menjejak lokasi kedai durian itu dari Google Maps dan menukar nama kedai itu kepada nama yang lebih teruk. 

About Cite Malaya

Powered by Blogger.