Loading...
TR

(Video) Anak maut terjatuh dari eskalator gara-gara ibu bapanya sibuk berselfie


Bayi berusia 10 bulan maut terjatuh dari eskalator selepas terlepas dari dakapan ibunya, lapor The Star

Dalam kejadian pada waktu tengah hari di Khamis 10 Mei lalu di sebuah pusat beli-belah di India,  pasangan itu datang membawa bayi perempuan mereka berjalan-jalan selepas selesai menjalani pemeriksaan kesihatan di klinik. 

Rakaman CCTV menunjukkan ibu bapa mangsa sedang berselfie berhampiran eskalator tersebut. 


Ibunya yang memakai pakaian berwarna jingga dilihat mendukung mangsa sebelum mereka menaiki eskalator itu untuk pergi ke tingkat atas. 

Menurut saksi kejadian, si suami meminta isterinya berselfie ketika berada di eskalator itu, sebelum wanita itu hilang keseimbangan lalu menyebabkan mangsa terjatuh dari tingkat tiga. 

Pasangan itu terkejut dengan kejadian itu terus berlari mendapatkan bayi mereka di tingkat bawah. 

Malangnya, mangsa dilaporkan maut serta-merta di tempat kejadian akibat kecederaan parah. 





Berdasarkan kajian pihak Universiti Carnegie Mellon dan Institut Informasi Indraprastha Delhi, India mencatatkan jumlah kematian yang tertinggi di dunia berpunca dari selfie. 

Sebanyak 127 kes kematian dicatatkan berlaku dari Mac 2014 hingga September 2016 berpunca dari selfie dan 60 peratus atau 76 mangsa adalah dari India. 

Pada tahun 2016, Kerajaan India menggesa pihak berkuasa di setiap negeri meletakkan papan tanda amaran berselfie di lokasi-lokasi tumpuan pelancong yang dikhuatiri boleh mengundang bahaya. 

About Cite Malaya

Powered by Blogger.