Loading...
TR

'Sayangnya hampa, dok keliling pasar malam sampai bila-bila'


Lain orang, lain rezekinya. Jangan pula kita menghina atau memandang rendah terhadap mereka yang masih diberikan rezeki. Mungkin belum tiba masanya lagi atau mungkin Allah sedang menguji kita di depan mata adanya orang susah, hendak dibantu atau tidak? 

Perkongsian Taufiq Tajuddin ini, pasti ada yang pernah mengalaminya dan jika anda punyai tahap kesabaran yang tinggi tidak akan terjejas dengan kata-kata yang dilemparkan berbaur sindiran pada anak muda ini. 

HARI ini tersentap dengan statement seorang makcik ini semasa dia datang membeli dengan saya tadi. 

"Hampa yang dok niaga pasar malam ni ayat memang manis nak tarik pelanggan. Tapi sayang, pelajar tak dak. Makcik hantar anak-anak makcik semua masuk universiti, pandai-pandai depa," katanya. 

Tersentap dengan statement ini. Alhamdulillah, itu rezeki masing-masing. 

"Sayangnya hampa ni la. Dok keliling kat pasar malam ini saja la naa, sampai bila-bila. Hmmm..." katanya lagi. 

"Don't judge a book by it's cover makcik," jawab saya. 

"Huh? Hang cakap apa tu?" soalnya. 

"Ini bahasa pasar malam, makcik." 

Pengajaran dari kisah ini:

1. Hat bodoh lagak pandai tu bawa simpan la sama.

2. Tak payah beria-ria canang pada satu dunia anak awak belajar pandai sampai ke universiti sedangkan jadi graduan mengganggur. 

3. Jangan pandang rendah kedudukan rezeki orang yang Allah telah aturkan. 

4. Belum tentu berbaju kemeja kemas lebih melimpah kewangannya berbanding berbaju t-shirt buruk berniaga di tepi jalan. 

5. Sekurang-kurangnya kami yang berniaga adalah mengikut sunnah Rasulullah. Kaya, sederhana atau miskin bukan urusan kita, itu urusan Allah. 

6. Kami tidak terikat dengan sesiapa, majikan sendirian berhad. 


Boleh faham kot? Tak mau dah naa, perangai lama itu boleh buang dah kot. Sekarang sudah masuk era Malaysia Baharu.  Itu saja, peace. 

About Cite Malaya

Powered by Blogger.