Loading...
TR

Mula berpuasa pada hari Khamis ini


Umat Islam di Malaysia mula berpuasa pada hari Khamis.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad ketika mengumumkan demikian berkata tarikh permulaan puasa bagi negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada 17 Mei ini bagi mengikut perintah Yang di-Pertuan Agong selepas diperkenan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Pengumuman itu disiar secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia.

Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan Ramadan berdasarkan rukyah dan hisab. - Harian Metro

About Cite Malaya

Powered by Blogger.