Loading...
TR

Kerajaan akan peruntuk RM40 juta untuk siar 41 perlawanan Piala Dunia 2018


Kabinet akan memperuntukkan RM40 juta untuk membeli hak penyairan  perlawanan Piala Dunia 2018, untuk penyiaran di RTM, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo. 

Memetik laporan dari MalaysiaKini, RTM akan menyiarkan 41 daripada 64 perlawanan Piala Dunia 2018. 27 perlawanan yang akan ditayangkan adalah secara langsung, manakala baki 14 lagi perlawanan lain disiarkan melalui siaran tertangguh. 

"Secara keseluruhan, saya boleh katakan sekarang angka yang kabinet bahas sebelum ini ialah RM40 juta. 

"Sudah tentu akan ada penaja dan sebagainya serta mereka akan menyerap sebahagian besar daripadanya," katanya. 

Beliau berkata, butiran terperinci mengenai bagaimana peruntukan berkenaan dibelanjakan akan dijelaskan semasa taklimat khas mengenai kewangan negara esok. 

About Cite Malaya

Powered by Blogger.