Loading...
TR

Keputusan PRU14 terkini: BN 67, PAS 14, PKR 80 - SPR


Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Mohd Hashim dalam sidang media khas SPR  yang diadakan di ibu pejabatnya sebentar tadi mengumumkan keputusan terkini Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)

Menurut Mohd Hashim, tiada parti yang memenangi majoriti mudah.

Keputusan setakat jam 1.42 pagi menunjukkan Barisan Nasional mendapat 67 kerusi, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mendapat 14 kerusi dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendapat 80 kerusi. 

Manakala bagi beberapa parti di Sabah dan Sarawak menggunakan lambang parti sendiri iaitu Democratic Action Party (DAP) mendapat 9 kerusi, Warisan mendapat 2 kerusi, Parti Solidariti mendapat satu kerusi dan Bebas mendapat tiga kerusi. 

Mohd Hashim berkata, pihaknya akan memaklumkan lagi keputusan terkini sebaik saja mendapat keputusan PRU14 secara berperingkat. 

About Cite Malaya

Powered by Blogger.