Loading...
TR

'Biar betul itu Syafiq??' - Ramai tunggu penjelasan Syafiq Kyle mengenai video viral


Rakaman video perbualan tidak senonoh yang didakwa mirip seorang pelakon lelaki mula tersebar di media sosial sejak malam tadi. Malah, ada beberapa individu dikesan menjual video tersebut dengan harga RM20 bagi mereka yang mahu menontonnya. 

Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak atau lebih dikenali sebagai Syafiq Kyle, 25, kini sedang membintangi drama bersiri Nur, terbitan TV3 yang melakonkan watak sebagai Ustaz Adam, dilihat masih menjalankan rutin-rutin hariannya di media sosial seperti biasa dengan melayani peminatnya di Instagram. 

Klip video tersebut menunjukkan seorang lelaki yang membahasakan dirinya sebagai Syafiq, manakala wanita terbabit pula merujuk dirinya sebagai Mira itu sedang berbual mengenai hubungan seks, sesekali masing-masing meminta dipamerkan bahagian sulit.  

Lapor Harian Metro, video berdurasi tujuh minit 22 saat itu juga memaparkan lelaki dalam video itu berbaring di atas sofa, berdiri dalam bilik air selepas diminta oleh Mira berbuat demikian. 

Difahamkan, 'Mira' yang berada dalam rakaman itu merupakan seorang lelaki berperwatakan perempuan. 

Walau bagaimanapun, kesahihan klip video itu masih diragui dan membuatkan peminat pelakon berkenaan dan netizen tertanya-tanya apakah benar Syafiq yang berada dalam video tersebut? 

Ramai netizen berharap individu dalam video berkenaan bukan dirinya kerana sekiranya benar, netizen pasti akan berasa kecewa. 


Sehingga kini, Syafiq masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan penafian atau penjelasan mengenai video yang tersebar di media sosial itu. 

Wakil pengurusan Syafiq, Shawn Amer berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat. 

About Cite Malaya

Powered by Blogger.