Loading...
TR

ATM akan beri komitmen dan sokongan penuh kepada Mat Sabu


Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan memberikan komitmen dan sokongan penuh kepada Menteri Pertahanan baharu, Mohamad Sabu atau dikenali sebagai Mat Sabu.

Panglima ATM, Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor berkata, beliau amat yakin dengan penggemblengan fikiran, idea, usaha dan iltizam antara Menteri Pertahanan baharu itu dengan ATM.
Menurutnya, warga dan keluarga ATM akan turut mendapat manfaatnya, selain pertahanan negara yang kukuh serta utuh.

“ATM sebagai sebuah organisasi yang disandarkan harapan ini harus bergerak ke arah itu untuk memantapkan ketumbukan ATM.

“Saya mengucapkan tahniah kepada beliau (Mat Sabu) kerana menjadi Menteri Pertahanan yang baharu,” katanya. - Bernama

About Cite Malaya

Powered by Blogger.