Loading...
TR

Walaupun dalam keadaan takut dan terdesak selepas dilanda gempa, orang Jepun masih boleh beratur beli barang


Penularan video dan gambar pengunjung di Aeon Tebrau menjadi kecaman netizen. Niat murni yang disalurkan oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim tidak digunakan oleh pengunjung dengan sebaik mungkin. Walaupun dikatakan TMJ telah membayar segala kerosakan barang, namun sebenarnya adakah ini merupakan cerminan kita sebagai rakyat Malaysia?  

Sebelum ini sudah tular di media sosial tentang rakyat Malaysia yang berebut mendapatkan produk Victoria Secret dengan potongan harga yang lebih murah. Sekali lagi ditekankan, di manakah letaknya adat dan adab kita sebagai rakyat Malaysia yang dikenali sebagai rakyat yang mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi.


Kita seharusnya melihat budaya yang ditonjolkan oleh rakyat di negara yang dikenali sebagai negara Matahari Terbit iaitu negara Jepun. Walaupun negara mereka maju dari sudut ekonomi dan juga teknologi, namun mereka tidak lupa adab dan budaya negara mereka. 

Keiken Talk berkongsi kepada umum melalui Facebook mengenai sikap rakyat Jepun yang mengutamakan disiplin dan adab yang tinggi. Melalui perkongsian tersebut, dilihat rakyat Jepun tetap beratur dan membeli barangan mereka mengikut giliran walaupun ketika itu negara mereka baru sahaja mengalami gempa bumi pada tahun 2011.  Dan rakyat Jepun juga menghormati orang asing dan mendahulukan orang asing ketika membeli makanan walaupun hanya satu pilihan barangan yang tinggal. 

Fikir-fikirkanlah acuan mana yang mahu kita pilih? Adakah ini contoh yang bakal kita pilih untuk anak bangsa akan datang?


TERKEJUT admin bila tengok gambar 'aftermath' di Aeon Tebrau.  Adakah harga adab dan adat diri kita hanya RM3,000?

Ini admin share gambar di Aeon Jepun lepas gempa bumi besar 2011. Walaupun semua dalam keadaan takut dan terdesak, orang Jepun masih boleh beratur dan membeli ikut giliran.

Kawan admin cerita, ketika dia masuk ke 7E di Jepun untuk beli bekalan makanan, roti ada  satu bungkus di atas rak dan ada orang Jepun yang nak beli. Tetapi orang Jepun dahulukan dia sebab dia orang asing. Adab, adat dan harga diri kita sebenarnya tidak ternilai. Jangan kerana duit, kita sanggup buang adab, adat dan harga diri.

Jom bina negara ke arah yang lebih hebat. Jadikan insiden kelmarin sebagai pengajaran. Jika suatu hari nanti, ketika kita membeli belah datang seorang kaya dan ingin belanja, kita sama-sama jaga adab, adat dan harga diri kita.

Sesuatu masalah dan peristiwa tidak berlaku dengan kosong, ianya pelajaran untuk kita jadi lebih baik pada hari akan datang.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.