Loading...
TR

(Video) Tentera Israel bersorak selepas berjaya menembak kepala warga Palestin yang tidak bersenjata


Video rakaman yang menunjukkan tentera Israel bersorak kegembiraan selepas berjaya menembak seorang penunjuk perasaan Palestin di Gaza menimbulkan kemarahan ramai pihak dari seluruh dunia, lapor Daily Mail

Difahamkan, kejadian itu berlaku pada 22 Disember tahun lalu di Kissufim, berhampiran Semenanjung Gaza, yang dirakam oleh anggota tentera Israel sendiri dari perakam video yang dilekatkan pada senjata mereka. 

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Tentera Israel berhubung kejadian itu, warga Palestin yang ditembak dalam video tersebut cedera di bahagian kaki. 

Sebelum itu, anggota-anggota tentera terbabit berbincang sama ada mahu melepaskan tembakan terhadap salah seorang penunjuk perasaan yang berada di sebelah pagar sempadan kawasan itu. 

Tidak berapa lama kemudian, tentera Israel melepaskan tembakan pada seorang lelaki Palestin menyebabkan mangsa terus rebah ke tanah. 

"Whoaa! Terbaiklah video! Yes! Dasar anak celaka!" kata suara yang dipercayai milik tentera yang menembak mangsa yang ditutur dalam bahasa Hebrew. 




Dalam video itu juga, tentera terbabit juga dengan bangganya berkata dia berjaya menembak kepala mangsa, bercanggahan dengan kenyataan rasmi Tentera Israel yang mendakwa mangsa ditembak di bahagian kaki. 

Sejurus selepas tembakan itu, sekumpulan penunjuk perasaan Palestin segera datang untuk membawa dan memberi bantuan kepada mangsa. 


Sementara itu, Menteri Pertahanan Israel, Avigdor Lieberman berkata, tentera yang menembak warga Palestin itu wajar diberikan pingat, tetapi menegaskan individu yang merakan video kejadian itu perlu dikenakan tindakan. 

Lapor Daily Mail, lelaki Palestin yang ditembak itu dipercayai menganjurkan rusuhan yang membabitkan penunjuk perasaan membali batu dan cuba mensabotaj pagar keselamatan. 

Ekoran itu, anggota tentera Israel membidik dan menembak lelaki terbabit selepas mangsa gagal berundur selepas diberi amaran awal. 

Dalam kenyataan itu juga, Tentera Israel juga menegaskan video itu dirakam anggota dari unit lain.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.