Ac Mizal yang terkenal sebagai pengacara program Maharaja Lawak itu telah memuat naik sebuah video ketidakpuasan hatinya di mana bagasi miliknya itu telah rosak (kemek) berpunca dari kecuaian kakitangan Air Asia, ketika dia menggunakan perkhidmatan syarikat penerbangan tambang murah itu dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur.
Difahamkan, Ac Mizal telah membuat aduan mengenai kerosakan bagasinya itu kepada Bahagian Khidmat Pelanggan Air Asia, malangnya pihak berkenaan tidak membantu dan menyebabkan Ac Mizal terpaksa membeli beg baru.
Difahamkan, Ac Mizal telah membuat aduan mengenai kerosakan bagasinya itu kepada Bahagian Khidmat Pelanggan Air Asia, malangnya pihak berkenaan tidak membantu dan menyebabkan Ac Mizal terpaksa membeli beg baru.
Dalam kekecewaan itu, turut menimbulkan persoalan ialah, bagaimana bagasinya boleh rosak sedangkan ia telah dibalut dengan plastik lutsinar bagi memastikan bagasinya itu berada dalam keadaan selamat. Namun sebaik saja tiba di destinasi, dia mendapati bagasinya itu sudah kemek.
Meskipun telah membeli beg baru, namun Ac Mizal bimbang adakah begnya itu akan selamat di bawah seliaan syarikat penerbangan itu kelak? Malah, Ac Mizal mewujudkan hashtagnya sendiri untuk Air Asia.
"Hashtag saya untuk Air Asia adalah, 'Murah dan Punah'. Hancur beg. Kepada sesiapa lain kali nak travel dengan Air Asia, fikir enam kali dulu sebab hancur beg saya. Tiada sesiapa yang nak tanggung, kita terpaksa tanggung sendiri.
Ac Mizal juga mempersoalkan video viral di mana kakitangan Air Asia mencium bagasi pelanggan mereka, namun tidak menyangka kejadian yang tidak diingini itu masih berlaku. Ac Mizal turut mempersoalkan bagaimana Air Asia masih mampu merangkul gelaran syarikat penerbangan tambang murah yang terbaik, sedangkan masalah itu masih lagi berlaku.
"Come on la Air Asia, jangan buat orang macam ni. Hari itu dah pecahkan basikal orang, kemudian cium-cium beg orang. Awak cium beg saya sampai rosak begini? Hancur beg saya.
"Pleaselah Air Asia, saya tak tahu macam mana anda boleh menang the best low cost airlines, saya tak faham. Dulu kena kat orang, saya tak terasa sangat. Tetapi bila terjadi pada diri sendiri, baru saya tahu bagaimana rasa sakitnya. So upset with Air Asia," katanya dalam video tersebut.
Selain itu, seorang lagi penggiat seni, Sammy Ariffin, pernah tular di media luahan ketidakpuasan hatinya terhadap syarikat penerbangan yang sama di mana salah sebuah bagasinya yang berisi kasut yang akan digunakan untuk membuat persembahan di Pulau Pinang, didapati rosak.
Sedangkan sebelum ini, Sammy telah memeriksa dan memastikan bagasinya berada dalam keadaan baik dan diletak dengan pelekat 'Mudah Pecah'.
Justeru, orang ramai menggesa Tony Fernandes mengambil tindakan sewajarnya berhubung kejadian itu agar tidak berulang kembali kerana ia mampu menjejaskan imej Air Asia.