Loading...
TR

'Tidak ada keuzuran tidak dibolehkan solat dalam kereta' - Mufti Kelantan


Nama Fathia Latiff sekali lagi menjadi sebutan netizen susulan daripada tersebarnya video yang dimuat naik oleh rakannya iaitu penggaya rambut Ridzkomura di Instastory pada Rabu. 

Video yang menjadi kontroversi itu memaparkan pelakon tersebut sedang bersolat di dalam kereta. Pelbagai bentuk komen yang diberikan akibat tindakan Fathia itu.

Wartawan mStar Online telah mendapatkan penjelasan daripada Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad, berkenaan isu ini. Menurut beliau, bersolat di dalam kereta kerana mengejar waktu adalah alasan yang kurang tepat. 

Beliau juga menyatakan perlu ada sebab mengapa Fathia solat di dalam kereta. Jika disebabkan uzur atau terkena gout (sebagai contoh) sehingga tidak mampu berjalan ke masjid, dibolehkan untuk sembahyang di dalam kereta dan menghadap kiblat.

Tetapi, jika tidak ada keuzuran, tidak dibolehkan kerana di dalam solat itu terdapat rukun perbuatan seperti sujud dan rukuk. Di dalam kereta, tidak boleh sujud. 

mStar Online turut mendapatkan peenjelasan daripada pakar motivasi dan pendakwah bebas, iaitu PU Azman yang berpendapat bahawa setiap orang mempunyai situasi masing-masing dan bergantung kepada situasi bagaimana yang menyebabkan seseorang itu terdesak sehingga tidak ada pilihan.

Ujarnya lagi, kita tidak boleh mengukur situasi kita dengan orang lain. Dia turut menyatakan konsep yang perlu dilakukan di dalam situasi adalah berbaik sangka.

Walaubagaimanapun, Fathia menjelaskan solat yang dilakukan di dalam kereta adalah urusannya dengan Allah dan tidak menyedari perbuatannya itu dirakam. 

“Saya kerjakan solat itu kerana Allah bukan kerana manusia. Maaf saya tidak tahu aksi saya dirakam,” katanya.

BERITA BERKAITAN:

About Cite Malaya

Powered by Blogger.