Salam admin.
Terpanggil pulak nak contribute ceritera seram since aku rajin follow The Reporter ni. Banyak koleksi cerita seram ni sebab hidup aku dikelilingi dengan 3 orang yang pada pendapat aku Allah SWT buka hijab dorang boleh nampak benda-benda ghaib ni iaitu husband sendiri, anak lelaki aku yang 1st born tu dan kakak kandung aku sendiri.
So aku akan ada 3 part ceritera seram yang mengaitkan 3 insan ni. Aku ni jenis penakut piang so far Alhamdulillah pernah kena kacau pun tapi tak pernah nampak. Kalau nampak, mau pengsan bangun balik pastu pengsan lagi.
KISAH PERTAMA
"SIAPA YANG PELUK DARI BELAKANG??"
Tahun 2009, kami mula-mula kawin dan menetap di kuarters kerajaan di Putrajaya, Presint 14, tingkat 8. Tetapi blok berapa, terpaksa dirahsiakan dengan harapan orang yang duduk rumah tu tak kena macam kami kena. Kami adalah antara orang yang pertama duduk di situ. Alhamdulillah rumah apartment besar boleh buat main futsal atau gantung gambar daripada aku kecil baby sampai dah kahwin.
Punyalah panjang rumah ni. Kami bela kucing dua ekor waktu itu. Suami pula jenis kerja yang balik malam atau meeting dia dengan penduduk sampai tengah malam sebab dia kerja Joint Management Body di Puchong. Aku yang kerja dengan kerajaan.
Ingatkan tadi aku cakap aku ni jenis penakut piang? cerita ni laki aku bagitau balik lepas kami pindah keluar beberapa bulan daripada kuarters ni. nasib baik. kus semangat mak. Nasib baik dia tak cakap masa aku still duduk kat kuarters tu.
Nak dijadikan cerita kalau weekend kami ni spesis suka tarik tilam tidur kat ruang tamu depan sebab nak layan tengok tv smpai tidur sambil dihembus angin malam yang memang kuat kat ruang tamu tu. Tengah-tengah malam husband aku terbangun sebab kena peluk kuat daripada belakang. Dia rimas so dia gerak sikit-sikit konon-konon bagi hint kat aku la janganla romantik sgt time tidur.
FYI ahkak ni memang suka tidur peluk-peluk menyempit ni and habit aku suka peluk dia daripada belakang time tidur walaupun dia bukan jenis suka dipeluk time tidur hahaha.
Selalunya kalau aku peluk dia daripada belakang time tidur, dia gerak-gerak, aku akan lepas dia dah and takde peluk-peluk lagi dah. Tapi kali ni makin dia gerak makin kuat pulak pelukan tu sampai rasa macam nak lemas. Husband sudah angin la dia pun bukak mata dengan harapan nak sound bini dia sorang ni. Tetapi sekali dia pusing tengok-tengok rupanya aku tengah nyenyak tidur mengeroh mengadap belah sana dan bukan mengadap dia.
Persoalannya siapakah yang memeluk dia kuat-kuat daripada belakang tadi? Takkan kucing-kucing kami sebab kucing 2 ekor tu kena kurung kat balkoni belakang bila kami tidur dekat ruang tamu since akak takut kucing walaupun akak bela kucing.
Tapi husband aku ni hati tegar so dia sambung tidur balik. 6 bulan lepas tu baru dia cerita kat aku balik.
KISAH KEDUA
'KENAPA TINGGALKAN ABANG DI LUAR?'
Lagi satu husband aku ni jenis kalau tidur memang tidur mati dah. Satu malam lepas tengok tv dia tertidur depan tv. Dek kerana fed up dan give up mengejutkan dia nak suruh tidur dalam bilik, aku pun biar la dia tidur kat ruang tamu atas sofa.
Sekali tengah malam dia kejut aku suruh bangun. Lampu bilik terang benderang dia bukak. Beriya tanya aku kenapa tak kejut dia. Aku yang mamai-mamai jawablah,
"Orang dah kejut sebelum orang masuk tidur tapi abang yang tidur mati."
Pastu aku ignore je dia dengan harapan nak tidur balik. Sekali lagi dia beriya tanya kenapa tinggal dia tidur sorang-sorang kat luar. Dalam hati aku mamat ni laa. tidur jela.
Ye lepas 6 bulan jugak dia cerita balik kat aku rupanya tengah malam tu dia kena kacau kat ruang tamu tu. Dia terjaga sebab ada rambut panjang mengurai bermain-main kat muka dia. Bukan sekali dua rambut tu terkena kat muka dia tapi macam hujung rambut tu dibelai-belai kat muka dia banyak kali.
Dia hanginlah ingatkan aku yang mainkan dia. Sekali hambik ko memang rambut panjang mengurai teman dia tidur kat depan tu. Sebab itulah dia masuk bilik bukak lampu terang benderang kejutkan jugak aku tanya kenapa tinggal dia tidur sorang kat ruang tamu sebab dia nak kepastian.
Aku memang dah tidur kat dalam bilik lepas aku kejut dia tak nak bangun tu. Maka confirmla Cik ponti*nak yang temankan dia. Itula aku dah kejut tak bangun. tapi nasib baikla dia cerita lepas dah pindah sebab aku ni selalu tinggal sorang-sorang dengan kucing 2 ekor time tu.
KISAH KETIGA
'SIAPA KETUK PINTU MALAM-MALAM?'
Minggu yang kami berdua kena kacau ni adalah minggu kami nak pindah keluar dah sebab aku dapat transfer order keje kat Mahkamah KL. Kebetulan aku pun tgh pregnant 1st trimester time ni. Malam tu panas sgt rasanya rumah tu. Kami dua-dua dalam bilik tidur dalam pukul 10 pm macam tu.
Tetiba aku dengar bunyi pintu bilik tidur kena ketuk. Aku pandang suami aku dia kata angin je tu. Lepas tu aku dengar lagi ketukan pintu. Bapaklah. takkan angin lagi kot? Tapi laki aku ni dokla cakap tak de apa lah angin je tu. Jom la tidur. Aku tidur himpit dia la sebab aku dengar ketukan pintu lagi. Tapi dia buat bodoh je.
Ye korang boleh agak dah by this time. Beberapa bulan lepas tu dia cerita balik kat aku memang dia pun dengar malam tu bunyi pintu bilik tidur kami ada orang ketuk daripada luar. Nasib baiklah bang. hang cerita kat aku lepas dah pindah rumah. Kalau tak. memang confirm aku takkan balik dah rumah kuarters tu.
Tapi memang aku selalu mimpi pelik-pelik kat rumah tu dan yang paling aku tak boleh lupa adalah mimpi aku yang ada sekumpulan orang bunian datang nak ambik anak dalam kandungan aku tapi diselamatkan oleh ayah aku. So aku pun tak pasti ada sesuatu ke dengan rumah kuarters tu.
Ok admin tu kisah aku dgn suami aku kat rumah kuarters. Ni kisah anak sulung aku pulak.
KISAH KEEMPAT
'CIKGU NI HA SENYUM KAT AFFAN' SAMBIL TUNJUK KE SOFA KOSONG
Anak sulung aku ni boy. Sejak lahir memang dia jenis kuat menangis dan menangis kuat tengah-tengah malam sampai paling lama 2 jam macam tu. Macam-macam air penawar kami cari untuk kurangkan tangisan tengah malam dia,siap pergi Darus Syifa'. Tetapi sudah takdir dan iradat Allah SWT yang anak aku ni memangis malam sampai umur dia 3 tahun baru nyenyak tidur.
Dia ni kira sensitif la sebab kalau kami bawak jalan balik maghrib/ berjalan mana-mana tempat yang lalu banyak pokok ke hutan sikit ke siaplah malam tu satu rumah tak boleh tidur dek tangisan jeritan dia. Puas dah kami azan la,iqamat la, mengaji la tapi tangisan dia tak kurang jugak. Dia akan berenti senditi tiba-tiba. Pernah aku azan 7x straight kat telinga dia pun, dia still jerit2 jugak.
Tapi kisah dia ni bermula bila dia dah pandai bercakap. dan daripada kisah-kisah inilah kami tau dia memang jenis boleh nampak benda-benda yang orang tak nampak.
Aku tengah pregnant anak no 2 dan malam tu aku kena warded sebab food poisoining. Malam tu dia dan suami aku datang tengok aku kat ward, kami sepakat yang baiklah diorang balik tidur kat rumah daripada temankan aku kat ward. So suami aku pun bawaklah dia balik ke rumah dekat nak tengah malam dah time tu.
Elok je suami aku bukak tombol pintu dan bukak lampu ruang tamu, anak aku senyum malu-malu tengok ruang tamu. Suami aku peliklah tengok apesal budak ni senyum sorang-sorang nak masuk rumah. Lepas tu tertunduk2 senyum. Husband aku pun tanya "Kenapa Affan senyum-senyum ni?" Anak aku tunjuk kat sofa "Tu ha cikgu Affan tu senyum kat Affan". Time ni dia tadika lagi. Husband aku cakapla "mana ada cikgu affan. Ni kan rumah kita." Tapi anak aku beriya senyum malu-malu "Tu ha ayah, cikgu duduk situ, cikgu ni haa senyum-senyum kat affan pulak" sambil jari dia tunjuk kat sofa.
Suami aku bagitau dia dah berkira-kira nak patah balik teman aku balik kat hospital dah malam tu jugak hahahahaha. tapi sebabkan hati dia tegar dan bukan penakut piang macam aku ni dia pun cakaplah kat anak aku "Dahla jomlah masuk tidur dalam bilik".
KISAH KELIMA
'JARI DIA DOK TUNJUK KE BILIK BESAR YANG PALING GELAP'
Satu malam yang lain pulak, kami anak beranak lepak kat ruang tamu tengok tv bagai. Last-last aku tertidur atas sofa. So husband aku proceed tengok tv and anak sulung aku yang baru 5 tahun waktu tu terus lah main lego dia.
Sofa aku ni jenis L shaped dan sofa yang aku tidur tu mengadap tv. Anak aku pulak main lego atas sofa yang mengadap ke lorong nak ke bilik. Kami letak stand light kat lorong tu and stand light ni memang terpasang sebab bilik-bilik gelap tak pasang lampu.
Condominium kami ni jenis condominium lama yang ada 3 bilik berhimpun and ada satu lorong nak ke bilik-bilik. Satu bilik master bedroom kami anak beranak tidur situ, satu bilik kecik kami letak semua toys anak kat situ and satu lagi bilik yang besar dan paling gelap sebagai multi finction room teramasuklah almari baju yang sgt besar kat bilik besar tu.
Tiba-tiba anak aku dok jerit happy " Hai wan! Wan! Wan!". Suami aku peliklah bila masa pulak mak dia datang. Anak aku panggil mak mertua aku wan. Suami aku pun tanyalah "Kenapa Affan.Mana ada wan datang". Anak aku excited cakap "Eh ayah, tu la wan tu. Wan senyum pastu bye bye kat Affan." Jari dia dok tunjuk kat bilik besar yang paling gelap tu pastu dia lambai-lambai kat bilik gelap tu.
Suami aku telan liur sambil terpikir nak tinggal je aku tidur kat depan tu, dia nak masuk masterbedroom bawak anak aku. Tapi dia decide nak biar je. Dia pun cakaplah kat anak aku suruh duduk dekat dengan dia and tak mengadap bilik gelap tu dah "Takpe-takpe Affan duduk sini dengan ayah main lego eh".
Nasib baik aku tidur time kejadian ni berlaku. Tapi sayangnya. kisah lepas ni terjadi pulak kat aku dengan anak aku.
KISAH KEENAM
'MAMA, TENGOK BANYAK WITCH KAT LANGIT'
Satu pagi lepas subuh aku tengah bersiap-siap nak pergi kerja dalam bilik paling besar tu dengan anak aku. Tengah bersiap-siap, anak aku yang tengah duduk mengadap aku dan tengah tanya aku 101 persoalan persoalan pasal kenapalah aku kena pergi kerja tinggal dia, bagai-bagai kat aku, tiba-tiba dia terbeliak mata cakap kat aku " Ibu, ibu apa tu? Warna hijau lari laju?". Jari dia tunjuk kat aku. Memang aku tak nampak apa-apa. Tapi meremang la bulu roma aku. Terus aku bawak dia keluar daripada bilik tu.
Dalam kejadian yang lain pulak, waktu tu bulan Ramadhan, pagi-pagi nak pergi kerja, dalam kereta. Suami aku yang drive. Waktu tu kereta tengah berenti sebab dalam traffic jem kat traffic light, aku dengan anak aku tengah gurau-gurau kat seat belakang. Anak aku saja-saja baring tengok langit.
Tiba-tiba dia dengan excitednye cakap "Ibu, ibu tengok tu banyak witch kat langit terbang-terbang". Aku pandang laki aku, laki aku tengok aku balik ikut cermin tengah kereta. "Ibu tengoklah banyak witch tu" sambil jari dia tunjuk-tunjuk langit luar tingkap kereta. Wahailah anak. apakah itu. tengah-tengah bulan puasa ni. Wallahualam.
Aku tau dah anak aku ni memang sensitif. Tak taula dia dapat daripada belah aku sebab sama macam kakak kandung aku ke or dia dapat daripada belah suami aku. Suami aku ni pun kalau kena kacau memang hardcore and face to face dengan benda alah tu.
KISAH KETUJUH
'NANTI HANG TAKUT'
Pernah aku bawak anak aku pergi Cameron Highland dengan mak ayah, kakak aku and adik lelaki aku je kami duduk bermalam kat apartment kat situ. Tengah malam tu dia menangis sejam setengah tak berenti menjerit-jerit dan tak bukak mata padahal dah lama dia tak menangis malam sebab time tu umur dia dah 4 tahun. Puas aku pasang ayat quran. Last-last dia bukak mata berenti sendiri.
Kakak aku menambahkan kekalutan aku dengan ayat dia, "Daripada mula-mula sampai tadi aku memang rasa tak sedap ja rumah ni. Saja aku tak habaq (bagitau) kat hang apa kau nampak nanti hang takut".
Kakak aku pun pernah cakap pasal rumah aku "Bilik besaq (besar) hang tu pun ada benda tapi dia lalu ja dia tak duduk singgah pun. Tapi banyak yang lalu tu. Nanti aku cakap lebih-lebih mesti hang tak mau duduk sini," siot ja.
Admin, nanti aku sambung cerita pasal kakak aku. Lagi hardcore. Takut berat sangat korang nak hadam dalam satu entry hahahhahaha.
-Kinkasihaufa-
Hantarkan kisah seram anda ke thereportermyofficial@gmail.com