Loading...
TR

Orang minyak cekik dan cabul remaja perempuan (5 Foto)


Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun mendakwa telah diganggu 'lembaga' yang dipercayai 'orang minyak' ketika mangsa sedang menyidai pakaian di belakang rumahnya, lapor Harian Metro

Dalam kejadian jam 9 pagi itu, mangsa mendakwa dicekik di leher, sebelum diikat dengan tali di bahagian kaki, tangan dan perut, malah terdapat kesan minyak hitam di leher dan kaki mangsa. 

Difahamkan, pendudukan kampung di Pengkalan Demi, Kubang Kerian, Kota Bharu itu telah diganggu dengan kehadiran 'orang minyak' sejak sebulan lalu. 

Mangsa mendakwa, dia yang sedang menyidai pakaian pada ketika itu telah ditarik seseorang dari arah belakang dan dibawa ke ruang tamu rumahnya. 

"Saya bagaikan dipukau dan ditarik individu yang tidak dikenali itu ke ruang tamu. Saya hanya tersedar selepas dicekik di leher, manakala kaki, tangan dan perut diikat dengan tali. 

Kelibat yang dipercayai 'orang minyak' yang dirakam oleh penduduk.
"Akibat itu, saya menjadi sesak nafas berikutan jerutan kuat tali di bahagian perut dna hanya mampu menangis serta menjerit meminta tolong sebelum kelibat itu melarikan diri menerusi tingkap dapur," katanya memetik laporan dari Harian Metro

Mangsa bernasib baik apabila jeritannya didengari sebelum jirannya datang membuka ikatan dan mangsa terus menghubungi bapa serta adik lelakinya yang sedang bersarapan di sebuah kedai makan berhampiran rumah. 

Laporan Astro Awani, seorang penduduk, Mohamed Affandi Muhamed, 34 tahun, 'orang minyak' itu dipercayai cuba mencabul mangsa. Penduduk hanya menyedari kehadiran 'orang minyak' itu selepas ternampak kesan minyak hitam di jendela dan pintu. 

Apabila penduduk cuba menangkapnya, 'orang minyak' berkenaan tiba-tiba ghaib. 



Bapa mangsa, 44, berkata, rumahnya diganggu oleh orang minyak sejak sebulan lalu dan meskipun penduduk kampung mengambil inisiatif berjaga dan melakukan solat hajat, namun gangguan dari 'orang minyak' itu masih berlaku. 

"Kami penduduk kampung berjaga, mengepung dan melakukan solat hajat, namun orang minyak ini tetap mengganggu. Sebanyak empat buah rumah di kampung ini telah menjadi mangsa balingan batu sehingga menyebabkan cermin tingkap pecah. 



"Ada penduduk mendakwa melihat kelibat orang minyak. Tetapi usaha menangkapnya tidak berjaya," katanya. 

Ekoran kejadian itu, bapa mangsa telah membuat laporan di Balai Polis Kubang Kerian, tengah hari semalam. 

About Cite Malaya

Powered by Blogger.