Loading...
TR

Merembes dengan kaum sejenis, 'lebih selamat' katanya...


"Rasa lebih selamat," itu pengakuan dua wanita yang ditahan penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) selepas mereka berdua didapati melakukan hubungan kelamin sejenis dalam kereta, lapor Harian Metro

Dua wanita terbabit yang dipercayai pasangan lesbian dicekup ketika sedang berasmara dalam kereta bercermin gelap yang diparkirkan di Arena Merdeka, Dungun, petang semalam. Turut ditemui dalam kereta, satu alat tiruan lelaki yang disorok di bawah kerusi pemandu digunakan untuk memuaskan nafsu. 

Serbuan terhadap kereta pasangan lesbian itu dilakukan pada jam 1.50 petang selepas penguatkuasa yang melakukan rondaan ternampak kereta itu yang berada dalam keadaan mencurigakan. 

Hasil pemeriksaan mendapati, pasangan terbabit sedang asyik berasmara di tempat duduk belakang sehingga tidak menyedari kehadiran penguatkuasa JHEAT. 

"Selepas beberapa kali pintu kereta diketuk, pasangan itu terpinga-pinga selepas melihat kereta mereka dikepung sebelum membuka pintu. Pemeriksaan lanjut mendapati seluar dalam milik pasangan itu dipercayai ditanggalkan," kata sumber. 

Ketika disoal siasat, pasangan berusia 24 dan 32 tahun itu mengaku mereka sudah kerap 'terlanjur' dan memberikan alasan bahawa mereka memilih untuk melakukan hubungan sejenis kerana merasa lebih selamat berbanding melakukan hubungan dengan lelaki.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.