Loading...
TR

Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un, adik Qayyum hembus nafas terakhir 11:30 pagi tadi


Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un. Muhammad Qayyum Roslizam, 6, yang menghidap penyakit kanser Neuroblastoma tahap empat dilaporkan telah menghebukan nafas terakhir jam 11.30 pagi hari ini, di kediaman keluarganya di Taman Serai Maju, Bagan Serai, lapor Harian Metro

Bapanya, Roslizam Mat Hitam, 40, berkata, Qayyum meninggal dunia ketika dia berada di Bandar Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan dalam perjalanan pulang selepas menghadiri majlis pernikahan adiknya. 

Roslizam berkata, dia menerima panggilan telefon dari isterinya, Herlinda Abdul Rahim, 34, yang memaklumkan mengenai keadaan anaknya. 

"Sejurus dimaklumkan isteri mengenai keadaan Muhammad Qayyum, saya segera bergegas pulang. Setibanya di rumah, isteri memaklumkan Muhammad Qayyum sudah tiada lagi dan perkara itu disahkan pembantu perubatan Klinik Kesihatan Bagan Serai yang hadir ke rumah," katanya.

Jenazah Qayyum akan disembahyangkan di Masjid Bagan Serai dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Jeti. 

BERITA BERKAITAN:

About Cite Malaya

Powered by Blogger.