Salam admin The Reporter, saya minta admin merahsia kan identiti saya bila saya nak bercerita tentang apa yang pernah saya alami ini.
Saya bekerja di KLIA2 sebagai customer services di sebuah syarikat penerbangan. Kisah ini bermula apabila saya ditugaskan pada shift petang. Waktu saya bekerja memang 10.5 jam pada masa itu.
Okay. Like this, ada suatu hari ni, saya balik lewat. Disebabkan last day saya berkerja untuk shift ini, saya stay up di airport KLIA2 sampai 0130 pagi. Suasana dalam airport masa tu tak adalah sunyi, ade lagi lampu yang terang cuma terasa suram sebab kurang orang pada malam itu. Ikutkan saya balik jam 12 tengah malam tapi sebab saya terlalu penat dan saya ambil keputusan untuk duduk di Starbucks sebelum balik ke rumah.
Cerita seram ini bermula apabila saya berada di tempat parking khas untuk staff di tingkat berapa saya tak nak bagitahu. Carpark level ni kadang-kadang ade lampu dan kadang-kadang black out sampai kat area lif pun black out.
Senang nak dijadikan cerita, saya park kereta saya adalah dalam 30 meter lebih kurang dari lif yang menuju je carpark tu. So that time was black out and phone saya punye flashlight rosak and saya terpaksa jalan gelap-gelap dalam tu dengan hanya bertemankan bias lampu jalan raya dari luar.
Masa dalam perjalanan nak menuju ke kereta, saya ternampak susuk tubuh seseorang. Cuma whats in my mind that time is saya dah penat and saya tak nak fikir apa apa. Yelah saya nak drive balik seorang time tu. So makin saya menghampiri kereta saya semakin jelas saya nampak pergerakan susuk tubuh tu mcm follow saya dari belakang. Sampai dekat kereta, saya masuk dalam kereta and cepat-cepat kunci pintu.
Tiba-tiba, ada orang ketuk cermin kereta saya. Terkejut jugak masa tu tapi nasib baik tu bukan lembaga yang saya nampak tadi. Kawan sekerja saya nampak saya berlari tadi tu yang dia nak tanya saya okay ke tak. Saya cakaplah dengan dia yang saya okay cuma mungkin terlampau penat and saya ternampak ada seseorang follow saya.
"Laaa.. mane ade orang dekat situ. Kau balik rumah hati-hati memandu tu," katanya.
Lega jugak sebab ada dia dalam rasa ketakutan tu. Selepas menghidupkan enjin, saya bergerak nak menuju ke pintu keluar dari banggunan tu. Lepas keluar je dari banggunan tu, baru saya teringat. Tak silap saya kawan saya (yang tegur saya) ini tadi cuti seminggu ke Bali, Indonesia. Habis siapa pulak yang tegur saya tadi tu?
Dengan rasa tak puas hati, saya bukak roster saya minggu tu dan memang betul dia tengah cuti. Seminggu dia AL. Tanpa berfikir apa-apa saya terus bawa kereta pecut balik ke rumah. Sampai di rumah, saya mandi, solat dulu baru saya tidur. Tapi malam tu tidur tak lena lah sebab saya kena tegur dengan 'something' yang menyamar seperti kawan saya.
Hantarkan kisah seram anda ke thereportermyofficial@gmail.com