Loading...
TR

Calon PKR gagal pamer pas calon SPR, Tok Mat Hasan menang tanpa bertanding


Datuk Seri Mohamad Hasan, dilaporkan menang tanpa bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN N.27, Rantau, selepas calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr. S. Streram gagal mempamerkan pas calon Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), lapor Astro Awani.

Kemenangan tersebut merupakan kemenangan yang pertama buat Barisan Nasional (BN) di Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). 

Calon PKR, Dr. S. Streram tidak dibenarkan memasuki pusat penamaan di Rembau kerana gagal mempamerkan pas calon SPR. 

Terdahulu, berlaku sedikit kekecohan apabila Dr. S. Streram yang tiada pas calon SPR cuba merempuh masuk bersama penyokongnya ke pusat penamaan calon di Dewan Seri Rembau.


Mohamad menyandang jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan sejak 2004 dan berjaya mengekalkan kerusi DUN Rantau sehingga ke hari ini. Pada PRU13, Mohamad berjaya menewaskan pencabarnya, Aisah Lamsah dari PKR dengan majoriti 4,613 undi.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.