Mesti korang dah terbiasa mendengar kisah-kisah misteri yang berlaku di jalan lama Karak, kan? Sama ada cerita itu betul atau sekadar urban legend, wallahualam. Tetapi aku nak berkongsi pengalaman cemas aku sendiri di jalan lama Karak. Ini adalah bebenang.
Bismillah, aku mulakan bebenang ini sementara menunggu waktu maghrib. Aku bertugas sebagai technician cleaning machine such as waterjet, vaccum dan lain-lain. Dari mesin kecil hinggalah sebesar-besarnya mesin cleaning itu dan selalunya ditugaskan di luar kawasan.
Hari jatuh pada hari Selasa. Waktu itu aku bertugas outstation di Genting Highland Premium Outlet berseornagan kerana terdapat cleaning machine yang rosak di situ. Kira Genting ini merupakan customer kesayanganlah sebab banyak membawa keuntungan kepada syarikat aku. Jadi, kena bagi five star service.
Ditakdirkan hari itu ada dua buah machine cleaning besar jenis 'ride on' rosak. Aduh! Mengeluh sekejap aku. Yelah, sudahlah kena buat soernag, macchine pula besar. Tetapi apakan daya kalau dah kerja, kenalah buat juga. Terpaksalah kau senyum manis hipokrit depan customer.
Bermula daripada jam 3 petang aku sampai Genting Premium Outlet, sampailah hampir jam 6.30 petanag, barulah aku siap baiki machine ride on tadi itu. Jadi, selepas siap baiki, aku terus kemas peralatan dan basuh tangan apa semua. Terus minta diri untuk balik ke Kuala Lumpur.
Dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur, matahari pun sudah hampir nak melabuhkan tirai. Dan tak semena-mena jalan menghala ke Kuala Lumpur sesak. Aduhai, sudahlah penat membaiki mesin tak habis lagi, jalan pula sesak. Jadi, aku tak fikir panjang, terus mengambil keputusan untuk lalu jalan lama.
Sudah masuk jalan lama itu, makin lama hari semakin gelap. Masa itu aku mula rasa menyesal ikut jalan lama. Rasa macam nak buat pusingan U ikut lebuhraya, tetapi takkan sesekali aku dah ludah jilat balik. Kahkahkah!
Jalan lama korang tahulah kan, jalan selekoh bersimpang siur. Tengah khusyuk aku drive, tak semena-mena kereta Ford 4x4 yang aku pandu jadi berat. Weh! Kau orang bayangkan, aku seorang weh dengan gelapnya! Puas aku tekan minyak kereta, tetapi tak bergerak langsung. Makin lama makin perlahan!
Dalam hati aku dah berdoa, janganlah aku tersadai di tengah jalan hutan ini seorang diri. Tiba-tiba baru aku perasan, aku terpijak pedal brek. Patutlah kereta makin lama makin perlahan. Jadi aku pun teruskan perjalanan balik dengan hati yang tenang.
Sekian pengalaman cemas aku di jalan lama Karak.