Loading...
TR

'You orang gila kah? Mana ada perempuan malam-malam ini?'


Ni aku ada kisah seram benar yang aku pernah kena. Boleh tak cerita? Masa itu aku ada konvoi superbike, kami kena kacau. 

Masa itu hari minggu kami dah set nak pergi ke Bulatan Amanjaya yang terletak di Ipoh, Perak. Kami tiga orang saja iaitu aku, Iqbal dan Daus. Malam itu kami bercadang nak bertolak jam 10 malam. Kami dari Kuala Kangsar, Perak. 

Tepat jam 10 malam, kami bertolak ikut lebuhraya. Sebelum bertolak, Iqbal kata "Nanti di Terowong Menora kita perlahan sikit tau". Aku dan Daus pun pelik juga kenapa nak bawa perlahan di terowong tu? Selepas dia tunjuk aku satu video, rupanya dia nak buat macam style orang putih masuk terowong nak rem motor. 

Maklumlah naik superbike, bunyi pun power. Korang tau-tau sajalah macam mana bunyinya kalau rem di terowong tu, mahu tak bergegar dibuatnya. Hahahaha! 


Nak dijadikan cerita, semasa kami nak bertolak itu, tiba-tiba hujan renyai-renyai. Aduh, habis baju aku. Selepas mengambil masa dalam 20 minit, akhirnya kami sampai di Terowong Menora. Mulalah si Iqbal ni tunjuk setan dia. Rem sampai fuel throttle bising betul dalam terowong tu. Hahaha! Yang bisingnya sebab kami follow belakang dia. Hahaha! Maklumlah dah follow belakang dia, lepas itu dalam terowong pula tu. 

Tengah seronok kami tengok si Iqbal ini dari belakang, tiba-tiba ada seorang perempuan sedang membawa anaknya di tepi bahagian dalam terowong itu. Ai? Terkejutlah kami. 

Tiba-tiba si Iqbal ni bawa perlahan dan pergi ke sebelah aku kata, "Mirul, hang nampak tak apa aku nampak?". Aku pun cakaplah aku nampak. Si Daus pula muka dah lain, dia diam saja. Waktu itu kami bawa perlahan dan perempuan itu ada di depan kami lebih kurang dalam jarak 10 kaki. 

Aku tengok si Iqbal ini pun dah lain, mukanya pucat macam Daus ketakutan. Hahaha! Mahu tak takutnya, sudahlah tengah malam, waktu itu pun tak banyak kereta yang melalui terowong itu. Pelik betul, baru jam 10 malam, kereta pula kurang. Adui. Sudahlah hujan renyai-renyai. 

Selepas itu Iqbal dan Duas berhenti sekejap di tepi terowong. Perempuan itu pula ada di depan itu dan sedang mengendong anaknya. Perempuan itu memakai baju berwarna merah dan rambutnya panjang sampai ke pinggul. Wajahnya pula cantik dengan kulit putih lagi. Rasanya kalah Neelofa. Hahahaha! 


Anak dia itu aku tak nampak sangat sebab dia tutup anak dia dengan kain batik. Perempuan itu betul-betul berada di depan kami, hanya dalam beberapa kaki sahaja. Kami tak berani mendekati perempuan itu. Selepas itu dalam dua minit, kami perhatikan saja gerak-geri perempuan itu. Dia tak banyak bergerak, duduk diam saja di situ. Tetapi anaknya saja yang menangis tanpa henti. 

Dalam tempoh itu kami juga berbincang sesama sendiri sama ada nak tolong perempuan itu atau tidak. Mungkin kereta perempuan itu rosak di mana-mana ke atau dia dan anaknya dibuang keluarga ke di dalam terowong atau ditinggalkan, entahlah. 

Selepas itu kami mengambil keputusan utnuk turun dari motor. Nak pergi bertanya perempuan itu dengan lebih dekat. Sebenarnya kami pun tak nak pergi sebab takut. Tetapi dengan bismillah, kami pergi jua. Aku suruh Iqbal ini cakap sebab kaki aku dah bergetar-getar dah. 

Dengan muak cuak, Iqbal bertanya, "Kak, boleh kami bantu? Kami tengok dari tadi akak dan anak akak ada di sini je dari tadi. Anak-anak akak dah menangis tu," katanya sambil tergagap-gagap. Perempuan itu hanya mendiamkan diri seperti kami bertiga tiada di depannya. Adui!

Anak dia menangis tanpa henti. Walaupun kami ada di depan perempuan itu, kami tak nampak pun wajah anak dia sebab dia tutup dengan kain batik. 

Selepas itu kami berbisik, Iqbal ajak balik ke moto sebab dia rasa dah tak sedap hati dan bulu roma dia naik. Bukan dia seorang saja yang rasa lain, aku dengan Daus ini sama saja rasa apa yang dia rasa. 

Selepas kami balik ke moto, tiba-tiba ada sebuah lori membunyikan hon. Celaka betul, bisingnya. Tahu jelah kan dalam terowong. Kemudian pemandunya turun dari lori. Dia seorang-seorang bawa lori. Selepas itu dia bertanya,

"Eh macha, you buat apa dalam terowong ini? Bahayalah. Mana boleh suka hati parking tepi terowong ini," katanya. 

Aku dalam hati, "eleh, dia pun sama perking tepi ini hahaha".

Pemandu lori itu berhenti sebab nak bertanya kami kenapa berhenti di tepi terowong ini. 

"Tadi ada perempuan bawa anak, ada di tepi terowong ini." kata aku. 

Uncle itu tanya mana, aku pun tunjukkan mereka ada di situ. Kami semua menoleh ke arah perempuan itu tadi, tetapi apa yang mengejutkan, perempuan itu dah tak ada. Hah sudah! Adui, naya weh! 

Selepas itu pemandu lori berkenaan berkata, "You orang gila kah? Mana ada perempuan malam-malam ini? You mabuk ka? Adui, buang masa saya saja. Saya ni jauh lagi nak menghantar barang, ayoyo." katanya yang kemudian beredar meninggalkan kami. 

Selepas itu, kami bertiga apa lagi? Dengan kaki menggeletar hidupkan enji motor dan pecut seperti pelesit sebab dah ketakutan. Sampai di Ipoh, kami semua hilang mood sebab terfikir tentang perempuan itu tadi. 

Kami lepak di kedai mamak, minum-minum untuk tenangkan diri seketika. Dalam dua ke tiga jam juga lepak di kedai mamak. Dengan cerita tentang kejadian tadi, kami pun rasa takut nak balik ke rumah. Akhirnya Daus ajak aku tidur di rumah atok dia. Pagi keesokan harinya, barulah kami bertolak balik ke rumah masing-masing. 

Sumber: Amirul Kimbrly

Hantarkan kisah seram anda kepada kami di thereportermyofficial@gmail.com

About Cite Malaya

Powered by Blogger.