Loading...
TR

Seru orang awam lapor dan kes boleh disiasat mengikut Akta Kanak-Kanak 2001


Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim kesal dengan perbuatan seorang bapa yang sanggup mempertaruhkan nyawa anaknya sendiri dalam melakukan aktiviti ekstrem 'rope swing', lapor Harian Metro

Menurut beliau, individu berkenaan boleh disiasat mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana mendedahkan kanak-kanak kepada bahaya kecederaan emosi atau fizikal.

"Saya berasa terperanjat dan kesal menyaksikan rakaman video seorang bapa yang sanggup mempertaruhkan nyawa anak sendiri dalam melakukan aktiviti ekstrem 'rope swing' ke dalam jeram. 

"Perbuatan bapa dengan aktiviti bersama anak kecilnya membelakangkan hak perlindungan dan keselamatan seorang kanak-kanak," katanya. 

Rohani berkata, paparan terjunan bebas si bapa bersama anak kecilnya itu tidak seharusnya dijadikan sebagai kebanggaan, malah perlu dijauhi bagi memastikan kanak-kanak dilindungi dan dijauhi daripada perbuatan yang boleh mengundang bahaya.

"Saya menyeru orang awam melaporkan kes sedemikian kepada pihak berkuasa seperti yang diperuntukkan mengikut Seksyen 29A Kanak-Kanak 2001. Orang awam juga boleh membuat laporan polis supaya siasatan mengenai kes sedemikian dapat dilakukan mengikut peruntukan Akta Kanak-Kanak 2001," katanya.


Terdahulu, Fazil Mohamad Dali, 42 dan juara Fear Factor Malaysia 2014, Mohd Redha Rozlan memuat naik video pengalaman mereka melakukan terjunan 'rope swing' bersama anak masing-masing pada ketinggian 60 meter dari jambatan di Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor.

Video itu mendapat perhatian dari netizen yang kagum dengan keberanian dua kanak-kanak terbabit. Namun tidak kurang juga ada yang mempersoalkan tindakan dua individu itu membahayakan nyawa anak sendiri. 

About Cite Malaya

Powered by Blogger.