Loading...
TR

'Saya sengaja buat kenyataan sarcasm, bukan dalang video hantu kebaya merah' - Terpaksa matikan telefon kerana terima banyak panggilan dan mesej dari netizen


"Bila semua dah bising pasal video hantu semalam, saya sengaja buat kenyataan dalam bentuk sarcasm," demikian kata Nazrul Hisham Abdul Manaf atau NasRC, 40-an, yang mendakwa kononnya dia adalah dalang video viral penampakan hantu kebaya merah itu di media sosial semalam, lapor mStar Online.

Malangnya, kenyataan sarcasmnya di group WhatsApp Taman Bunga Raya Official itu telah menimbulkan banyak salah faham dan disebabkan itu, Nazrul menerima banyak panggilan dan mesej dari orang ramai yang bertanyakan tentang kesahihan video tersebut. 

"Ramai yang tidak faham dengan ayat saya sehingga mereka menyangka saya dalang sebenar. Saya ni bukannya ada masa nak buat video macam tu. 

"Yang saya pelik, kenapa ramai yang mudah percaya. Dalam dunia moden 2018 ni, tak susah pun untuk buat video macam tu, sesiapa pun boleh buat. 

"Sejak nombor telefon saya tersebar, ramai yang menghubungi saya untuk tahu cerita sebenar. Mereka tanya seronok ke takut-takutkan orang?

"Yang maki saya pun ada, tetapi saya tidak kisah. Tidak terfikir pun nak matikan telefon atau tukar nombor," katanya. 


Dalam laporan Harian Metro, usaha pihak mereka menghubungi lelaki itu gagal dan dipercayai Nazrul telah mematikan telefon bimbitnya berikutan terlalu ramai yang menghubunginya. 

Ketua Polis Daerah Kulim, Superitendan Ahmad nasir Jaafar mengesahkan tiada laporan polis yang diterima oleh pihaknya berhubung video kejadian itu dan mendapati video itu dirakam oleh individu yang bertujuan menakutkan pengguna jalan raya di kawasan tersebut. 

"Perbuatan ini sama jugalah seperti kes di Taman Pinang Jaya, Bukit Pinang pada Januari lalu di mana ada kanak-kanak nakal yang sengaja berpakaian seperti 'hantu pocong' untuk menakutkan orang ramai terutamanya kanak-kanak yang melalui jalan di kawasan itu," katanya.

Terdahulu, seorang lelaki bernama Megat memuat naik video berkenaan di Facebooknya dan mendakwa kejadian itu berlaku di Kulim, Kedah. Bagaimanapun, tampil netizen yang mengenali jalan yang ditunjukkan dalam video itu menafikan kejadian itu berlaku di Kedah, sebaliknya di Jalan Kolam Air, Taman Melawati.



BERITA BERKAITAN:

About Cite Malaya

Powered by Blogger.