Golongan suami perlu memahami bahawa, tanggungjawab seorang isteri adalah melayani suami. Bukannya suami menjadikan isteri sebagai orang gaji di kediaman sendiri sehingga habis semua perkara yang tidak sepatutnya juga dikerjakan oleh isteri.
Namun confession dari lelaki ini ternyata dan jelas sekali dia tidak memahami semua itu. Malah dia tergamak menuduh isterinya derhaka hanya kerana enggan mengikut kehendak dirinya dan keluarganya.
Lebih teruk lagi, di akhir confessionnya, lelaki ini mahu merancang berpisah dengan isterinya sebaik saja wanita itu selamat bersalin dan menegaskan dia mahu hak penjagaan anak itu diberi kepadanya.
SALAM KRT, apa nak buat kalau isteri asyik-asyik nak meminta duit? Kalau aku bagi duit pada mak aku, mulalah dia buat muka. Syurga aku di kaki mak aku, bukannya di kaki isteri aku.
Selain itu, bila mak aku minta tolong dari dia, mulalah dia buat muka. Bila kakak aku minta tolong isteri jaga anak-anak dia, dia tak pandai jaga anak-anak kakak aku dengan elok-elok.
Antara perangainya yang aku tak gemar, selepas dia mengemas rumah, basuh pinggan, dia berkurung saja di dalam bilik. Bila disuruh picit badan mak aku sebab mak aku dah tua, dia hentak-hentak kaki.
Kalau dia rasa tak boleh nak menerima dan berkhidmat untuk keluaga aku, jangan kahwin dengan aku. Aku rancang selepas dia melahirkan anak nanti, aku nak pergi pejabat agama dan anak aku ambil. Isteri derhaka.
Sementara itu, netizen menyelar tindakan kurang cerdik si suami yang dayus dan sanggup menganiaya isterinya sendiri.
"Belajar dari mana ni sampai isteri kena jadi hamba dan berkhidmat untuk keluarga suami? Hebat suami zaman sekarang. Syurga kau di bawah tapak kaki mak kau. Jadi kaulah picit dan uruskan mak kau. Beritahu kat kakak kau tu, dah pandai beranaik, pandailah jaga. Jangan hambakan isteri sendiri. Bodoh tak berotak, ada hati nak cerita bab isteri derhaka," kata Hasliza.
"Ye, apalah isteri kau tu. Kenapalah derhaka pada suami lambaian neraka macam kau ini. Banyak cantik muka kau? Ambil anak orang, ajak kahwin, lepas itu buat dia macam kuli batak tak bergaji? ORang macam kau ini patutnya kahwin dengan pondan saja. Dasar kepala timun punya lelaki," kata Eera.