HARI ini mungkin finale cerita asrama daripada aku. Selepas ini, aku akan buka cerita puaka lain untuk menghantui bulu-bulu korang.
Dorm aku ada lapan orang dan semuanya budak tingkatan lima. Dalam asrama itu, kami yang paling berkuasa. di depan warden, kamilah pelajar yang paling cemerlang dari segi sahsiah serta agama. Di belakang warden, kami persis saudara setan. Kiranya kami ini geng-geng munafiklah. Biasalah, zaman sekolah.
First round pusing botol, member aku kena dan dia pilih dare. Kami suruh dia calit ubat gigi di ketiak, kemudian leset pada muka dormate yang sedang tidur.
Kau bayangkanlah, ketiak dia berdaki, berbulu tebal kerinting dan dipenuhi ubat gigi dileset ke muka member. Dah macam berus dawai!
Selepas dia leset ketiak pada dormate, dia kena kejar satu blok Aspura. 30 minit main kejar-kejar. Lepas dia kena rejam dengan batang mop, kami sambung semula bermain.
Kali ini kami putuskan ini last round sebab keletihan. Lagipun esok sekolah. Round ini terkena pada member di sebelah aku dan dia pilih dare. Aku pernah cerita pada mereka tentang aku kena kacau sebelum ini, tetapi mereka hanya gelakkan aku. Jadi malam itu aku fikir nak balas dendam.
Dulu masa mula-mula masuk, pelik juga kenapa bukan main semangat mereka kunci dorm 6 ini sedangkan dalam dorm itu ada barang-barang rosak sahaja.
Pakgad pula buka cerita bahawa yang sebenarnya dorm itu adalah rumah bagi penunggu asrama. Masa asrama mula-mula siap, penunggu tak nak lepaskan kawasan ini. Hari-hari budak disampuk. Kemudian datang seorang bapa kepada seorang pelajar ini memandai-mandai membuat perjanjian dengan penunggu berkenaan.
Dia menjanjikan penunggu ini sebuah dorm di asrama ini. Bila sudah buat perjanjian dengan jin, susah nak leraikan sebab jin ini sifat dia pendendam.
Semenjak dari itu dorm 6 dikunci. Bukan dikunci dengan mangga dan gril saja, tetapi macam-macam pagar yang tak terlihat ada di situ. Budak-budak takut nak lalu tangga hujung level sebab bila lalu depan dorm 6, bulu roma akan meremang.
Sambung pada cerita tadi. Selepas aku suruh Azwan bertapa, dia macam tak nak. Tetapi si jantan tak guna ini ego dia tinggi. Acah-acah kuat rohani, batin, jasmani apa kejadahnya semua itu dan dia menyahut cabaran.
Sampai di dorm 6, dia berdiri betul-betul menghadap tingkap dorm. Mata dia seperti sedang menjengah ke dalam dorm itu. Kami tengok saja dia sambil berpeluk tubuh.
Azwan pandang kami dan berkata,
"Ni mung oyak dare? Hok aloh, dok takuk lasung! Setakat diri gini seje aku sanggup!"
(Ini kau cakap dare? Tak takut langsung! Setakat berdiri macam ini, sejam pun aku sanggup!)
Lebih kurang 10 minit telah berlalu dan Azwan masih berdiri menghadap tingkap. Dia siap hulur tangan di tingkap itu. Acah gila siak! Dia punya acah lagi tinggi daripada hutang negara!
Tiba-tiba aku rasa tak sedap hati, rasa seperti ada 'benda' yang nak datang. Kadang-kadang kalau hantu atau jin datang, sesetengah orang akan sendawa. Badan dia akan banyak angin. Aku sendawa tetapi tak berhenti beb. Bunyi aku sendawa dah macam beatbox!
Cuba korang tarik nafas dan kemudian hembus melalui mulut secara perlahan-lahan di bahu. Itulah angin yang aku rasa! Jangan pula korang praktik tiup bahu depan orang ramai, nanti didakwa nak menyantau orang.
Selepas angin itu lalu di bahu, aku rasa naik angin, rasa nak marah-marah. Dalam hati memang rasa macam nak maki orang. Sama seperti yang berlaku dalam kejadian yang menimpa aku sebelum ini.
Aku berdiri dan bersandar di koridor sambil memerhatikan Azwan. Dua lagi member palaukan aku. Tiba-tiba aku terpandang imbasan lembaga besar dan hitam lalu di belakang Azwan. Dia punya besar sampai kepala cecah siling!
Aku tunjal kepala dua member aku dan tunjuk ke arah Azwan. Aku ajak member aku pergi tarik Azwan sebab rasa tak sedap hati. Kami bertiga berjalan ke hujung level.
Perjalanan tak sampai 50 meter itu rasa jauh gila! Macam kau berjalan atas treadmill. 10 meter dah nak sampai pada Azwan, salah seorang member menyorok di belakang aku.
"Kema, nate apo tu duk atah bahu Wae?"
(Ikmal, binatang apa tu yang duduk atas bahu Azwan?)
Kami cuba menarik tangan dia. Berat gila beb! Tak bergerak langsung! Kaki dia seperti sudah tertanam dalam lantai level tu! Masa aku tarik dia, mata aku tertarik pada sesuatu yang ada di dalam dorm 6. Aku pandang.
Kali ini bukan imbasan, dia betul-betul tunjukkan rupa dia. Berbalut kain putih bersalut tanah. Kainnya lusuh kekuningan. Muka hitam terselindung di balik huraian kain berlebihan. Mata dia hitam gelap. Berdiri di hujung dorm 6 sambil memandang gerak geri kami. Yes, itu adalah pocong!
Kali ini bukan imbasan, dia betul-betul tunjukkan rupa dia. Berbalut kain putih bersalut tanah. Kainnya lusuh kekuningan. Muka hitam terselindung di balik huraian kain berlebihan. Mata dia hitam gelap. Berdiri di hujung dorm 6 sambil memandang gerak geri kami. Yes, itu adalah pocong!
Mata hitamnya memandang ke arah kami. Kemudian aku perasan yang pocong ini bergerak ke arah kami. Sebenarnya pocong ini tak melompat tetapi dia boleh berjalan atau mengensot. Cara dia mendekati kami, tak seperti berjalan. Biasanya kalau berjalan, bahu kita akan turun naik tetapi dia seperti meluncur ke arah kami. Makin lama makin rapat dengan tingkap.
"Allahuakbar Allahuakbar. Allahuakbar Allahuakbar"
Masa itu angin kuat tiba-tiba berdesup tiup ke dalam dorm 6. Anginnya seperti kau menarik nafas panjang dan tiup kuat-kuat di bahu kawan kau. Angin macam 'benda' itu berlari masuk dorm 6.
Selepas itu barulah boleh tarik Azwan. Badan dia lemah sangat, nak berdiri pun tak boleh. Salah seorang dariapda kami turun ke rumah warden sebab Azwan seperti tidak sedarkan diri. Kami bawa Azwan ke surau asrama untuk diubati oleh pakgad yang selalu tolong aku itu.
Dalam 30 minit kemudian barulah Azwan sedar sambil menangis-nangis.
"Wae ni tadi gi pukul palo anok 'dia' sebab tu dio maroh."
(Azwan tadi ada pukul kepala anak 'dia'. Sebab itu 'dia' marah)
Peringatan, di mana pun kau berada, ingat bahawa 'dia' pun ada. Mungkin kau tak nampak dia tetapi kau boleh rasa kedatangan dia. Otak kita menghalang dari melihat benda itu sebab mahu melindungi diri kita daripada ketakutan.
Seperti pada waktu ini dia ada saja di sebelah kau, tengah mengurai rambut di lengan kau atau mungkin pocong itu sedang memandang kau. Cuma otak kau yang menidakkan 'dia' sebab kalau otak kau menerima 'dia', mata kau akan mula melihat benda di sekeliling kau.
Seperti pada waktu ini dia ada saja di sebelah kau, tengah mengurai rambut di lengan kau atau mungkin pocong itu sedang memandang kau. Cuma otak kau yang menidakkan 'dia' sebab kalau otak kau menerima 'dia', mata kau akan mula melihat benda di sekeliling kau.
Sekarang pergi ke bilik gelap, jangan buka kipas dan baring seorang. Posisi tangan seperti mayat. Pejam mata, tarik nafas, hembus. Buka telinga, buka hati dan pastikan keadaan di sekeliling kau sunyi sepi. Lebih baik dibuat pada waktu tengah malam. Kalau ada rezeki, dia datang.
Kekal dalam posisi itu selama 15 minit dan kau akan dapat rasa yang dia datang mendekati. Bagaimana nak tahu kedatangannya? Kau akan tahu. Jangan pula kau tertidur. Kalau kau tidur, apa kau nak rasa siak? Jangan salahkan aku kalau jadi apa-apa sebab aku dah beri amaran. Jangan kau seru pula, nanti jatuh hukum syirik. Jangan lupa Allah, jangan takutkan hantu lebih pada kau takutkan Allah. Tetapi manusia mana nak takut dengan benda yang dia tak nampak kan?
Sumber: Ikmal Hanif
ARTIKEL BERKAITAN:
- 'Walaupun mata dipejam rapat, aku dapat rasakan kelibat itu lalu di depan' - Hari pertama tinggal seorang diri di asrama sekolah
- 'Cakap nak tidur dengan aku malam ni?' - Dia terus berlari keluar dari dewan makan tanpa toleh ke belakang
- 'Temankan aku pergi tandas, takut seorang-seorang ni' - Dia bangun dan temankan rakannya itu sebelum tersedar, bukankah dia seorang diri?