Loading...
TR

Dua suspek positif dadah methamphetamine


Susulan kes buli remaja Orang Kurang Upaya (OKU), polis telah menahan dua suspek yang terlibat dalam kejadian di Taman Sri Kluang dan hasil ujian urin mendapati kedua-dua suspek disahkan positif dadah, lapor Berita Harian

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamad Laham berkata, suspek yang didakwa mencuri telefon bimbit serta beg sandang mangsa disah mengambil dadah jenis methamphetamine.

"Hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua suspek berusia 18 tahun itu positif dadah dan polis turut menyiasat mereka mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memasukkan dadah dalam badan yang sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun serta perintah pengawasan polis selama dua tahun.

"Kedua-dua suspek yang ditahan di rumah mereka di Taman Sri Lambak kira-kira jam 11 malam tadi itu turut disiasat mengikut Seksyen 382 Kanun Keseksaan kerana samun dan direman empat hari.

"Polis turut merampas semula sebuah telefon bimbit dipercayai mangsa samun mereka," katanya.


BERITA BERKAITAN: 

About Cite Malaya

Powered by Blogger.