Loading...
TR

'Dah takde otak ke promote minyak pengasih di IG?' - Netizen selar Instafamous jual Minyak Pengasih Assyifa


Viral di Twitter, netizen menyelar tindakan seorang Instafamous yang dengan selambanya mempromosikan minyak pengasih yang kononnya boleh menaikan seri wajah, pelaris perniagaan, disukai orang sekeliling dan banyak lagi. 

"Minyak pengasih Assyifa ini adalah satu ikhtiar bagi yang mempunyai masalah dengan pasangan, sukar mendapat jodoh, menaikkan seri wajah, pelaris perniagaan, disukai orang sekeliling, temuduga pekerjaan serta pelbagai kegunaan lain. 

"Dengan izin Allah swt, ramai yang berjaya menyelesaikan...." tulisnya di kapsyen gambar tersebut. 


Bagaimanapun gambar tersebut telah dipadamkan sebaik saja ia mula mendapat perhatian dari netizen yang menyelar tindakannya mempromosi produk berkenaan. 

"Bodoh gila stoop so low sampai macam tu semata-mata duit," kata Nazri Ishak (@techsupremo).

Apabila netizen meminta orang ramai membuat aduan terhadap akaun Instagram Instafamous berkenaan, tampil seorang peniaga yang mempertahankannya. 

"Jangan sampai macam tu sis. Saya cari rezeki dekat dia gak buat Instastory. Hehe. Follower manyak naik sale manyak naik.

"Tak semua IG ada kelebihan macam IG dia. Dia punya tu tengah panas. Lagipun pasal yang minyak tu dia dah refund dah duit orang itu. Dia tersilap, boleh tengok di Insta dia dan video dia setakat ini dah ada perubahan la. Dia pun ada hati perasaan untuk berubah," kata peniaga berkenaan. 

Malangnya, netizen membidas semula kenyataan peniaga terbabit yang cuba menegakkan benang yang basah. 



"Ye faham, awak harapkan dia untuk sales awak. Tetapi awak carilah orang yang elok sikit untuk buat IG review produk awak. Bukan dia seorang saja ada dan awak kena sentiasa ingat, rezeki itu datang dari Allah, bukan dia ni. 

"Kalau ikut logik, sebelum dia post tu buatlah research. Google kan ada? Kalau tak tahu minyak tu apa en. Tapi dia sendiri tutup comment sebab dah tahu salah. Benda tu syirik! Jangan tegakkan benang yang basah okay." kata Nani (@_trxznl). 

Perkara itu turut mendapat perhatian pihak Mastika yang tampil memberi pencerahan mengenai minyak pengasih dan menegaskan bahawa benda itu adalah syirik. 

"Minyak dagu, minyak pengasih sama haluannya. Ada makhluk ghaib yang diperhambakan pada minyak tersebut. Hukumnya syirik! 


Justeru, netizen meminta orang ramai melaporkan akaun Instafamous berkenaan sebelum ia menjadi lebih teruk  dan menjejaskan imej agama Islam. 




About Cite Malaya

Powered by Blogger.