Loading...
TR

'Buka lampu, tengok muka anak dah separuh bengkak' (7 Gambar)


Pasangan suami isteri terkejut apabila mendapati muka dan badan anak kesayangan mereka tiba-tiba bengkak sebelum membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Pada pemeriksaan awal, doktor mengesyaki kanak-kanak berkenaan mengalami alahan, namun tidak pasti apakah puncanya dan hanya memberikan beberapa jenis ubat bagi merawat alahan itu. 

Bagaimanapun, keadaan kanak-kanak itu tidak berubah dan menjadi semakin teruk lalu dibawa pergi ke klinik dan akhirnya dapat mengenalpasti punca keadaannya menjadi seperti itu setelah dibawa ke hospital buat kali kedua. 

"Ibu-ibu sekalian, kalau anak tiba-tiba merengek di tengah malam, cepat-cepat bangun buka lampu dan tengok keadaan anak. Bukannya tepuk-tepuk suruh anak tidur semula. Sebab apa saya pesan begini, sebab perkara ini berlaku pada saya sendiri. 

"Ahad malam, anak saya merengek-rengek. Dia panggil saya tetapi saya suruh dia tidur sambil saya menepuk-nepuk dia. Tetapi dia masih merengek lagi. 

"Jadi saya cakap, "Go dekat daddy" disebabkan suami saya masih belum tidur lagi. Anak pun pergi pada suami saya. 

"Bila dia pergi dekat pada suami, dia masih merengek lagi. Tetapi suami saya peluk-peluk dia, kemudian dia masih juga 'erk', 'ork', 'erk' juga. Suami saya buka lampu dan tengok muka anak dah separuh bengkak. 


"Suami saya terkejut dan terus meminta saya tengok anak, kemudian suruh bersiap-siap pergi ke hospital. Muka anak saya separuh bengkak seperti terjatuh. Saya menangis tak berhenti-henti melihat keadaannya begitu. 

"Sampai di hospital, muka anak saya jadi begini. Register pun nak kena tunggu lama. Nak tunggu doktor lagilah lama. Saya dah risau muka anak saya semakin bengkak. Saya ambil keputusan untuk redah saja bilik doktor dan meminta doktor periksa keadaan anak saya segera. 



"Masuk bilik doktor, doktor periksa dan kata berkemungkinan anak saya mengalami alahan makanan atau digigit serangga. Tetapi dia beri ubat sejenis pil untuk diberi makan pada anak saya. 

"Sampai di rumah, saya terus bagi anak saya makan. Di waktu tengah hari, mukanya masih juga bengkak. Tak sanggup melihat keadaannya begitu, saya dan suami ambil keputusan untuk bawa anak pergi ke klinik biasa. 

"Doktor yang periksa anak kata berkemungkinan anak mengalami alahan pada bulu haiwan. Masalahnya sekarang, saya tidak pernah membela haiwan, apatah lagi saya yang takut dengan kucing. 

"Tak apa, saya positif saja pada waktu itu. Haiwan itu mungkin sayalah tu. But no no no! Saya malas nak membantah cakap doktor dan saya iyakan sahaja. 

"Balik ke rumah, saya cari juga mana haiwan yang mungkin tersorok di celah-celah meja, tetapi tiada. 

"Klinik beri dua jenis ubat sirap dan sejenis ubat sapu. Saya beri anak saya makan ubat itu dan sapu sampai malam. Saya tak tidur dan berjaga sampai ke pagi. Tiba-tiba saya tengok badan, kaki dan tangan anak saya naik lagi bengkak. 



"Bila saya suruh anak berjalan, dia kata "Ouch sakit". Jadi betullah dia sakit sebab kakinya bengkak. Pagi itu saya terus pergi ke Hopsital KPJ Tawakkal untuk berjumpa dengan doktor pakar. 

"Kemudian doktor kata anak saya terkena 'urticaria' iaitu sejenis skin allergic mungkin dari makanan. Bila saya teringat balik, kali terakhir saya beri dia makan sosej yang dibeli dari kedai di tepi jalan. Saya silap, betul-betul silap! 


"Saya menyesal tak sudah kerana beri anak makan makanan yang dijual di tepi jalan. Benda dah terjadi, jadi saya belajar dari kesilapan. Selepas ini saya tidak akan beri anak makan makanan seperti itu lagi. 

"Selepas ini ibu-ibu kena pantau anak. Tak boleh makan sesuka hati dan saya nak pesan juga kepada orang luar agar jangan sesuka hati nak beri anak orang lain makan makanan tanpa meminta keizinan dari ibu bapanya. 


"Sekarang anak saya dah pulih, badannya tiada lagi bengkak selepas makan ubat dari hospital semalam dan sekarang saya gembira tetapi masih ada kekesalan di hati. Alhamdulillah. 

"Sorry ayang, mommy bersalah. Harap ayang tak marah mommy. Mommy love ayang." katanya.

Sumber: Dylawok

About Cite Malaya

Powered by Blogger.