Loading...
TR

Bapa potong tangan anak sebab terlalu gemar menonton video lucah


Polis telah menahan seorang bapa yang didakwa memotong tangan kanan anak lelaki selepas mencekup mangsa menonton video lucah di internet, lapor Nextshark

Mohammad Qayyum Qureshi, 45, dari Hyderabad, Telangana, menyerah diri di balai polis pada Isnin lalu dan mengaku melakukan jenayah tersebut. 

Qureshi dalam keterangannya kepada pihak polis berkata, dia menggunakan pisau pemotong daging untuk memotong tangan kanan anaknya, 

Mangsa yang cedera dan mengalami pendarahan teruk dikejarkan ke hospital berdekatan. 

Menurut Inspektor P Lakshmikanth Reddy berkata, bapa kepada empat orang anak itu didakwa mengikut Akta 307 Kanun Keseksaan atas cubaan membunuh. 

Ketika disoal siasat, suspek menjelaskan anaknya, Mohammad Khalid Qureshi, kerap menonton video lucah meskipun tertuduh telah memberi amaran berulang kali. 

Mangsa yang bekerja sebagai pembantu pejabat dicekup bapanya ketika sedang menonton filem lucah di telefon bimbit. 

Apabila bapanya cuba merampas telefon tersebut, mangsa menghalang dan menggigit tangan bapanya sebelum keluar dari rumah dan menegaskan dia tidak akan pulang. Namun mangsa kembali ke rumah apabila semua ahli keluarganya sedang tidur. 

"Pada pagi Isnin, dua beranak itu bergaduh sekali lagi mengenai isu yang sama. Berang dengan kedegilan mangsa, suspek mengambil pisau pemotong daging dan memotong tangan kanan anaknya. 

"Mendengar jeritan mangsa, ahli keluarga yang lain terus datang melihat apa yang berlaku dan segera membawa mangsa ke hospital berdekatan. Doktor yang merawat mangsa berkata, 90% dari kecederaan yang dialami mangsa mungkin menyebabkan tangannya tidak dapat disambung semula," menurut kenyataan polis.



About Cite Malaya

Powered by Blogger.