Loading...
TR

'Aku boleh dengar 'benda' itu bergolek dari dorm depan ke dorm hujung' - Pelajar asrama diganggu jam 1.30 pagi


Salam min. First sekali tolong rahsiakan nama saya dan saya nak ceritakan tentang kisah seram sepanjang saya berada di asrama. Ini ceritanya.
Aku start sekolah asrama F3-F5. Sekolah aku ni terletak dalam sebuah kampung. Di belakang sekolah aku, ada kubur. Kalau naik bangunan sekolah tingkat 4, boleh nampak dah tanah perkuburan itu. 

Sebelum kubur itu, ada rumah warden dan Dewan Makan di sebelah rumah warden. Cuba korang bayangkan, kalau tak dapat bayangkan, aku tak boleh tolong. Hahaha! 

Kejadian ini berlaku sewaktu aku F4 di mana aku dapat dorm berhampiran dengan bilik mandi dan laluan utama nak ke ampaian. Aku punya dorm ada dua pintu dan aku punya katil ini betul-betul berada di sebelah pintu yang kedua. Jadi, kalau buka memang terang-terang jalan nak ke ampaian. 

Satu malam itu, aku tak tahu kenapa aku jadi lagha sangat. Aku banyak gelak (kan orang kata jangan banyak gelak, nanti menangis). Peduli apa aku, hahaha! Aku kacau orang, aku ambil patung berlampu yang kawan aku beli. Aku tutup muka aku dengan rambut aku dan pergi kacau seorang senior ini (dia ni memang lemah semangat). Aku kacau macam-macam sampai nak menangis kakak tu. Hahaha!

Tetapi keseronokan aku tak kekal lama, malam itu juga aku terkena. 

Dalam jam 1.30 pagi, aku terjaga. Mata segar terus dan tak boleh tidur. Tak lama selepas itu, terus ada bunyi sesuatu yang berat jatuh di atas bumbung dorm depan (dorm bertentangan). Malam itu aku tak tahu apsal lah budak-budak tidur awal dan memang sunyi gila kata kau. 

Aku boleh dengar bunyi benda itu bergolek dari dorm depan sampailah ke dorm hujung sebab bumbung zink. 'Benda' itu berpatah balik sampailah terdengar bunyinya jatuh ke tanah. 

Waktu ini aku dah tak tahu nak buat apa, jadi kaku doh! Hanya mampu baca ayat kursi dalam hati saja. Senyap. Tiba-tiba, benda itu berbunyi lagi dan bergolek dari dorm hujung barisan dorm aku sampailah atas bumbung dorm aku, 'benda' itu berhenti sekejap.

Aku pun macam, "Eh? Benda ni tau ke aku tak tidur?" 

Selepas itu, benda itu sambung bergolek sampai hujung dan patah balik. Aku punya takut malam itu sampai menangis! Tetapi aku ingat aku seorang saja yang kena, rupa-rupanya 'benda itu buat perangai lagi gais. 


Jam 3 dan 4 pagi, dia bergolek lagi. Kawan aku kena pada jam 3 pagi waktu benda itu sedang bergolek. Pintu di sebelah aku terbuka sendiri gais! Time ni nasib baik aku dah tidur. Kalau tak, mau terberak aku. 

Sekolah aku memang famous dengan 'gula-gula' ini. Ada sampai yang sudah lali sebab dah selalu terkena. Sorrylah kalau tak seram, saja kongsi buat bed time story yang ringan-ringan sahaja. Hahaha! Tu min, cerita original serius tak tipu. Terima kasih ya min. 

Anda pernah mengalami pengalaman/peristiwa seram? Hantarkan kisah seram anda kepada kami di thereportermyofficial@gmail.com

About Cite Malaya

Powered by Blogger.