Loading...
TR

Rakaman CCTV tunjuk mendiang ambil telefon gurunya?


Dalam perkembangan terkini kes pelajar perempuan menggantung diri kerana dituduh mencuri telefon bimbit gurunya, sumber polis mengesahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sekolah yang diperoleh mendapati M Vasanthapiriya, 14, mengambil telefon bimbit gurunya, lapor Harian Metro

Walau bagaimanapun, pihak polis enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu kerana ia boleh mengganggu siasatan. Sebaliknya meminta semua pihak bersabar dan menunggu proses inkues. 

Juga difahamkan, guru terbabit juga sudah menonton semual rakaman CCTV sekolah dan bertanyakan perkara terbabit kepada Vasanthapiriya pada hari kejadian. Namun mendiang enggan mengaku perbuatannya. 

Terdahulu, pada hari kejadian itu, mendiang telah dipanggil oleh empat guru sekolahnya sebelum dituduh mengambil iPhone 6 milik seorang guru berkenaan. Mendiang tidak mengaku melakukan perbuatan itu. 

Mendiang kemudian dibawa pulang ke rumahnya oleh guru bersama dengan suaminya yang juga seorang guru dan di depan ibu bapa pelajar terbabit, guru berkenaan mendakwa mendiang mengambil telefonnya. 

Mendiang berlari masuk ke dalam biliknya dan menulis nota terakhirnya sebelum bertindak menggantung diri dengan kain selendang. Mangsa dikejarkan ke hospital dan koma beberapa hari sebelum disahkan meninggal dunia pada 1 Februari lalu. 

BERITA BERKAITAN:

About Cite Malaya

Powered by Blogger.