Loading...
TR

'Lepas gadaikan anak dan isteri kepada Ah Long, dapat juga beli drone ni' - Netizen tergelak baca review dron RM42K ini


Sudah menjadi kebiasaan untuk membaca setiap feedback atau maklum balas pelanggan yang telah membeli dan mencuba sesebuah produk yang dijual secara talian seperti di Lazada, Shoppee dan sebagainya. Namun untuk produk drone DJI Agrasmg ini, lain macam reviewnya. 

Kisahnya Mohamad Zainul Nizam baru-baru ini berhasrat membeli sebuah drone, lalu membuat pencarian di laman Lazada dan terjumpa iklan dron yang amat mahal harganya serta diluar kemampuan. 

"Bila nak beli drone kat Lazada, then baca feedback orang, hahahaha!" tulisnya. 

Berdasarkan komen-komen review produk berkenaan, kebanyakannya adalah komen-komen menganjing harga yang dikenakan. Sehingga ada yang berhasrat menjual buah pinggang dan anak isteri semata-mata mahu membeli drone tersebut. 

"Drone idaman. Mula-mula plan nak jual buah pinggang, tetapi selepas semak baki KWSP, rasa macam cukup. Akhirnya selepas turun naik pejabat KWSP dua tiga kali, berjaya juga permohonan untuk keluarkan duit simpanan KWSP selama 30 tahun untuk membeli drone ini. Puas hati, memang terbaik, saya bagi lima bintang," - Zahirul.

"Alhamdulillah, selepas saya gadaikan anak dan isteri saya kepada Ah Long, dapat juga beli dron yang murah ini. 

"Sekarang anak bini saya sudah dibawa lari oleh Ah Long. Tetapi itu saya tidak kisah, yang penting saya dapat main drone yang hebat ini. Drone ini boleh membawa saya pergi ke syurga dua tiga kali juga. 

"Penghantaran cepat. Order tadi, dua hari lepas dah sampai. Saya menulis ini dalam mesin masa Einstein. Terima kasih Lazada, kalau boleh sediakan lagi produk yang murah dan hebat ini." - Muhammad Luqman. 







About Cite Malaya

Powered by Blogger.