Loading...
TR

'Dulu muka barai, konon guna serum sendiri terus muka jadi elok, padahal..' - Serum sampah berleluasa di pasaran dan ini cara untuk mengesannya


Lambakkan produk-produk kecantikan dengan tuntutan yang melampau dan tidak masuk akal semakin banyak dijual di pasaran. Meskipun di bungkusan tidak dinyatakan bahan-bahan yang terkandung di dalam produk mahupun nama pengilangnya, masih ramai pengguna yang membeli dan menggunakannya. Apabila mengalami kesan sampingan, baru nak menyesal. 

Perkara ini berlaku kerana kebanyakan pengguna masih mudah terpengaruh atau terperdaya dengan testimoni palsu, tuntutan melampau (overclaim) dan juga harganya murah. Dan di kesempatan itulah yang diambil oleh para peniaga yang tidak bertanggungjawab untuk mengaut keuntungan. 

Jadi, bagaimana mahu mengesan produk-produk sampah seperti ini? Hadam enam perkara yang dikongsikan oleh lelaki ini, semoga bermanfaat. 

SERUM SAMPAH

Sebelum aku membebel tentang serum sampah, izinkan saya membebel dulu tentang kilang OEM. Ramai lagi yang tidak tahu apa itu kilang OEM (Original Equipment Manufacturer). Kilang OEM ini adalah kilang yang menghasilkan produk tanpa jenama. Jadi engkau orang yang miskin papa kedana kelas pun selalu tuang gi romen belakang kantin kalau berlagak nak jadi founder kaya konon-konon korang formulate produk sendiri, bolehlah dapatkan khidmat kilang OEM ini. 

Kilang OEM ini sebenarnya bukan keluarkan skincare, supplement dan produk kesihatan sahaja. Pendek kata segala mak neneklah dia boleh keluarkan. Tinggal korang nak tampal pelekat jenama sendiri saja.

Satu saja aku nak pesan. Kalau kau nak jadi founder, jangan jadi founder produk kesihatan. Itu bukan bidang kau melainkan kau ada background yang layak untuk formulate produk kesihatan. Bab kesihatan orang jangan main-main. Kalau bodoh-bodoh ini jadi founder lampin bayi tak apa. Tak pun founder bantal kekabu ke apa ke, janji jangan melibatkan kesihatan orang. 

Yelah, kau pun sengkek, nanti kesihatan orang barai bukan kau nak bertanggungjawab pun. Ukurlah kain kapan di badan sendiri. Kalau nak berniaga perlu ada ilmu. Jangan setakat mengharapkan muka lawa atau followers ramai. Bila ditanya tentang produk, kau maki pula. 


Rakyat Malaysia sudah semakin bijak membezakan antara claim berfakta dan claim mengarut. Juga perbezaan antara peniaga jujur dan peniaga penipu. Tambah-tambah geng #skuadpenggunabijak. Haa, kau jangan main-main, semua dah cerdik belaka.  

Tentang serum, ya serum sampah pun sudah berleluasa sekarang ini. Saya dah ajar cara nak mengesen krim kilo sampah, kali ini saya nak ajar cara mengesan serum sampah. Kenapa sampah? Sebab:

1. Seperti biasa, di kotak tiada tertulis bahan-bahan yang terkandung di dalamnya. Formula rahsia supaya founder lain tak rembat formula katanya. Padahal haram dia tak tahu apa pun yang kilang letak dalam serum itu. Dan bahan-bahannya mestilah dalam terma saintifik, bukan ekstrak itu ekstrak ini, vit itu, vit ini. 

2. Warna warni di aidilfitri. Perhatikan warna-warna di bawah, macam itulah serum sampah. Serum di drugstore sama ada warna jernih atau warna putih sahaja. Yang ini dia claim perisa strawberi, keladi, anggur, cili, durian, you name it. 


3. Kilang tak ada. Katanya rahsia company. Haa, kau tak kabor yang sebenarnya kau beli kilo dari kilang. Balik rumah kau suntuk sendiri masuk botol. Tak pun kilang OEM sudah tolong botolkan untuk kau siap-siap. 

4. Founder seperti yang dinyatakan di atas. Tak salah nak support bisnes Melayu tetapi supportlah Melayu yang benar-benar mencurahkan usaha bertahun-tahun untuk mengkaji tentang produk, kesan sampingan terhadap pengguna, safe percentage setiap bahan dan sebagainya. Jangan support yang fikirkan duit poket sendiri tetapi kesihatan pengguna ditolak ketepi. 

5. Testimoni tak agak. Muka edit guna kamera 360, kemudian didakwa muka jadi cantik hasil dari menggunakan serum kau. Tak pun dulu muka barai, kemudian konon-kononnya guna serum sendiri muka terus menjadi elok. Yang kau pergi cucuk sana cucuk sini, tak pun makan ubat Dr. Ko, kau tak kabor pula? 


6. Overclaim. Mana-mana produk bagus pun takkan beri kesan seawal tiga hari, seminggu atau kurang dari smeinggu. Paling koman pun sebulanlah. Kalau pesen lahir celah pokok pisang ini, kau tempek berkilo-kilo serum pun muka tetap Melayu. Tak perlu berangan nak menjadi Korea sangat. 

Mudahkan nak kesan? Tak susah pun. Selepas itu jangan tanya lagi "You serum ini ada kilo tak?", "Yoi krim ini kilo tak?" bagai. Jangan sampai aku avada kedavrakan seorang-seorang. 

Dah bijak bukan? Bagus, marilah kita meraikan dengan daun saderi. I've done my part, the choice is yours.


ARTIKEL BERKAITAN: 

About Cite Malaya

Powered by Blogger.